berita

‘Kalau Aku Dapat Ni..’- Sembang Lucah Di Group Kerja, Gadis Ini Dedah Perangai Sebenar ‘Lelaki’?

February 10th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Mengikut peredaran zaman moden ini, wujud pelbagai teknologi yang boleh memudahkan komunikasi dua hala seperti aplikasi Whatsapp, Telegram, Wechat dan sebagainya. Ianya memudahkan untuk kita berkongsi maklumat tentang hal kerja dan berkongsi moment indah bersama keluarga dan rakan.

Namun, aplikasi demikian telah disalahguna sehingga mengundang kesan buruk  tanpa kita sedari. Wanita ini berkongsi di laman Twitter mengenai ketidakselesaan apabila ‘terjebak’ dengan unsur lucah dalam group Whatsapp kerja.

Disuruh tunjuk aksi kangkang

Wanita ini berasa tidak selesa apabila sebahagian pekerja lelaki berborak lucah mengenai perihal peribadi wanita dalam group kerja Whatsapp. Malah, disertakan pula video dan gambar lucah dalam Whatsapp berkenaan. Sedangkan dalam group tersebut juga terdapat ramai pekerja wanita. Hal ini dianggap tidak hormat dan mengundang ketidakselesaan bagi pekerja lain.

Lepak usha perempuan, sembang p***

Golongan pekerja lelaki ini menjadi agak janggal apabila keluar melepak bersama office mates perempuan. Malah, tidak pernah mengajak pekerja perempuan untuk meluangkan masa bersama. Dikatakan mereka selalu berborak isu perempuan dan berkesempatan kongsi foto serta video pekerja office disitu.

Kisah malam jumaat

Setiap malam jumaat, golongan lelaki tadi mula berkongsi video dan gambar lucah beserta ‘tips’ bersama di atas ranjang. Apa yang peliknya, pekerja wanita yang juga ada dalam group Whatsapp tersebut hanya membisu dan enggan membuat laporan kepada majikan. Semuanya tidak berani kerana takut menjadi punca pekerja lelaki berkenaan dibuang kerja.

Moga-moga gejala ini dapat dihindari ditempat kerja kita.

Credit: Twitter AlialmanHMS

SKIP THIS AD ×