berita

‘Kami Menjemput Saudara Iqram Hadir Ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan’ – Dr. Zulkifli Mohamad

December 27th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Dalam pada Iqram Dinzly menjadi target kecaman netizen, ramai juga yang risau akan keadaan semasanya yang seakan ‘tidak waras’ semenjak kematian bapa tersayang. Ramai yang mengaitkan perlakuan peliknya dengan masalah depresi yang mungkin sedang dihadapi Iqram di saat ini. Malah, ada juga yang mengaitkan puncanya dengan ajaran sesat dan pengambilan bahan terlarang.

Tidak pasti apa puncanya, namun yang pasti, ramai yang ingin melihat Iqram kembali seperti dulu. Terbaru, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli al-Bakri melayangkan surat terbuka kepada pelakon drama Dunia Baru itu melalui akaun Facebooknya. Berikut isi surat terbuka itu:

Surat terbuka kepada Iqram

Dalam pengisiannya, Dr. Zulkifli menasihatkan Iqram untuk tidak ambil pusing dengan tohmahan netizen sebaliknya fokus dengan mendekati ayat-ayat suci Al-Quran serta terus hayati zikir sepertimana pernah dipertontonkan Iqram di IG Live sebelum ini.

Dr. Zulkifli menerusi suratnya itu mempelawa pelakon tersebut untuk datang ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya dengan niat ingin mengenali pelakon tersebut dengan lebih baik dalam usaha memahami situasi semasa serta masalah yang dihadapinya.

Terdahulu, Dr. Zulkifli cuba mencapai pelakon tersebut menerusi suatu status terbuka di platform Twitter:

Jika benar Iqram mengalami kemurungan seperti didakwa, makanya ini antara platform terbaik untuk bercakap mengenainya. Bercakap dengan seseorang mampu membantu meringankan masalah yang dialami. Moga panggilan ini akan sampai kepadanya. Tak sabar nak lihat Iqram kembali seperti ‘Iqram’ yang dulu.

Sumber: Dr. Zulkifli al-Bakri

SKIP THIS AD ×