berita

Keek: Syazwan Zulkifly Rampas Che Ta Dari Zain Saidin?

August 29th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-08-28 at 23.13.40

Tidak berapa lama dahulu, peminat-peminat industri hiburan tempatan pernah menyaksikan video menunjukkan Zain Saidin membonceng motosikal yang dibawa oleh Elfira Loy.

Menariknya tentang video itu, Zain seakan ketakutan kerana Elfira langsung tiada pengalaman membawa motor sebelum ini.

Artikel berkaitan:

Namun baru-baru ini, terdapat pula sebuah video yang menunjukkan bakal isteri Zain, Che Ta sedang membonceng motosikal bersama lelaki lain yang juga seorang pelakon, Syazwan Zulkifly.

Pertama kali membawa Rozita Che Wan naik motorsikal bersamanya, pelakon yang dikenali melalui drama Juvana itu kelihatana cukup teruja kerana Zain sendiri tidak pernah membawa Che Ta menunggang motosikal sebelum ini.

Untuk pengetahuan semua, Zain pun tak pernah bawa Che Ta naik motor. So saya dah bawa Che Ta naik motor. Zain, kau kena bawa dia naik motor lepas ni, Zain.

Screen Shot 2013-08-28 at 23.20.34

Dalam masa yang sama, Syazwan sempat bertanyakan pengalaman merempit kali pertama kepada Che Ta namun pelakon jelita itu hanya tergelak.

Melalui video itu, Che Ta dilihat cukup seronok dibawa menunggang motosikal sambil menepuk bahu Syazwan apabila disakat.

Bagi yang belum melihat video itu, jom tengok reaksi Che Ta membonceng motorsikal itu sambil tetap mengekalkan kecantikannya walaupun memakai topi keledar. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×