berita

‘Syasya Rizal Masih Artis Di Bawah Naungan Kami’ – Pengarah Urusan Universal Music Malaysia

April 26th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Keputusan penyanyi, Syasya Rizal untuk mengundurkan diri daripada kumpulan popular Dolla telah membuatkan ramai peminat mereka berasa sedih.

Terbaharu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia (UMM), Kim Lim tampil memberikan penerangan mengenai isu pengunduran Syasya daripada kumpulan Dolla.

Artikel Berkaitan: Syasya Tarik Diri Daripada Kumpulan Dolla

Syasya masih dalam kontrak

Ketika ditemui OhBulan!, Kim Lim menjelaskan bahawa Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal masih mempunyai kontrak bersama syarikat rakaman tersebut.

Apa yang saya nak tekankan ialah Syasya masih mempunyai kontrak dan masih lagi di bawah naungan Universal Music.

Sebelum ini kesemua mereka menandatangani kontrak secara individu dan kemudiannya kami menubuhkan Dolla.

Jadi bila Syasya menyatakan hasrat untuk mengundurkan diri, jadi dia berjumpa dengan pihak atasan dan perbincangan berlaku dengan sangat mudah dan pantas.

Kim berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Universal Music yang diadakan di Le Meridien Hotel, Petaling Jaya.

Ketika ditanya adakah Syasya akan bergerak secara solo di bawah UMM, Kim mendedahkan kemungkinan tersebut mungkin terjadi namun bergantung kepada perbincangan yang akan dilakukan.

Kita tak boleh janji sama ada Syasya akan bergerak secara solo selepas ini namun semuanya bergantung kepada perbincangan yang akan dilakukan.

Tapi, buat masa sekarang Syasya memaklumkan dia mahu berehat buat sementara waktu.

Sekadar info, Syasya dengan secara rasminya mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan Dolla pada 8 April lalu atas alasan peribadi.

Syasya kemudiannya melangsungkan majlis pernikahan dengan jejak pilihannya dalam satu majlis tertutup pada 21 April lalu.

SKIP THIS AD ×