berita

MV Baru G-Dragon, Coup D’etat Lebih Unik & Menarik!

September 3rd, 2013 | by Ai
Kini Trending

G-Dragon

Penyanyi terkenal Korea, G-Dragon difahamkan baru sahaja melancarkan album terbarunya berjudul Coup D’etat awal pagi ini.

Secara umumnya album tersebut telah dimuatkan dengan lima buah lagu baru antaranya adalah Niliria (Feat. Missy Elliott), R.O.D. (Feat. Lydia Paek), Black (Feat. Jennie Kim), Who You? serta Coup D’etat.

Pada 1 September lalu, G-Dragon telah mula memuat naik video klip Coup D’etat di laman YouTube rasmi BIGBANG dan setakat ini video tersebut telah berjaya mencapai lebih 1 juta penonton.

G-DragonG-Dragon membawa watak psiko & sombong

Untuk single Coup D’etat, G-Dragon telah bekerjasama dengan dua orang DJ Amerika iaitu Diplo dan Baauer.

Pada dasarnya, video berdurasi 3.22 ini menampilkan elemen muzik berentak perlahan dan ianya turut menampilkan beberapa ciri unik, di mana G-Dragon membawa watak seorang yang psiko dan sombong.

Ingin tahu sejauh manakah keunikan video klip Coup D’etat? Jom layan video tersebut di bawah. Enjoice!

Sumber : All K-Pop

SKIP THIS AD ×