berita

G-Dragon Bebas Tuduhan, Bakal Tubuhkan Yayasan Anti Dadah

December 22nd, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Penyanyi rap terkenal Korea Selatan, G-Dragon memberitahu akan membuat kemunculan semula pada tahun 2024 dan akan menubuhkan sebuah Yayasan Anti Dadah bagi memerangi masalah sosial itu.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Pernah Memberi Atau Menerima Dadah Daripada Sesiapa’ – G-Dragon Nafi Terlibat Dengan Dadah

Artikel Berkaitan: Didakwa Terlibat Dengan Penyalahgunaan Dadah, G-Dragon Dipanggil Polis

Rancangan tahun depan

Menerusi laporan The Straits Times, sidang akhbar yang diadakan di Seoul pada 21 Disember, agensi baharu G-Dragon, Galaxy, membincangkan hasil siasatan polis baru-baru ini ke atas dakwaan artis itu menggunakan dadah dan berkongsi lebih lanjut mengenai perancangannya untuk tahun hadapan.

G-Dragon atau nama sebenar Kwon Ji-yong tidak dapat hadir ke sidang akhbar tersebut kerana jadualnya yang padat.

Menurut Ketua Pegawai Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Galaxy, Cho Sung Hae, khabar angin palsu dan komen jahat mengenai penyanyi rap Korea Selatan itu terus tular sehingga merosakkan imejnya, walaupun siasatan telah berakhir.

Polis sudah menyelesaikan siasatan dadah ke atas G-Dragon tanpa penggantungan. Kami secara rasmi mengulangi bahawa G-Dragon tidak ada kaitan dengan penggunaan dadah haram.

G-Dragon mengharungi spekulasi ini dan cuba membuktikan dia tidak bersalah secara bertanggungjawab. Kini tiba masanya untuk orang lain bertanggungjawab atas perbuatan mereka.

Kami akan memberi tempoh seminggu kepada sesetengah individu untuk memadam komen mereka dalam talian dan selepas kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka tanpa toleransi.

Tambahnya lagi, penyanyi berusia 35 tahun itu menandatangani kontrak eksklusif dengan syarikat Galaxy selepas meninggalkan agensi YG Entertainment, yang pernah bersamanya sejak tahun 2006 lagi.

Tulis sepucuk surat

Walaupun tidak hadir ke sidang akhbar tersebut, G-Dragon telah menulis sepucuk surat mengenai yayasan anti dadahnya yang dibacakan oleh pengarah, Oh Hee-young.

Melalui kejadian ini, saya mendapat tahu bahawa ada orang yang terdedah kepada dadah yang memerlukan rawatan. Saya akan mencipta asas yang boleh membantu mereka yang memerlukan rawatan.

Saya mahu mewujudkan masyarakat di mana semua orang boleh dihormati dan menerima layanan yang adil.

Walaupun begitu, saya akan bekerja secara aktif untuk membasmi dadah untuk belia yang tidak berdaya dan orang lain yang pergi ke jalan yang menakutkan dan salah.

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Good Boy’ itu turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokongnya sehingga ke harini.

Saya dapat mengatasi insiden ini terima kasih kepada semua sokongan peminat (VIP), jadi saya ingin membuat sumbangan pertama yayasan saya di bawah nama anda.

Sumber: The Straits Times, All Kpop

SKIP THIS AD ×