berita

Najib Kecam Polis Makan Coklat Dalam Serbuan, Anak Rayu Pulang Barangan Rampasan

May 19th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Beberapa hari kebelakangan ini, topik serbuan di rumah bekas perdana menteri menjadi bualan hangat. Ratusan beg tangan mewah dan barangan berharga dirampas dalam operasi pihak polis itu.

Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan menerusi peguamnya meluahkan rasa tidak puas hati dengan segelintir anggota polis yang ditugaskan menyerbu rumah anaknya.

Makan coklat dalam peti sejuk

Menurut Najib menerusi peguamnya, Harpal Singh Grewal, pihak polis menyerbu rumahnya dengan sombong dan tidak bertanggungjawab dengan mengambil makanan di dalam rumah anaknya itu. Tindakan itu dikecam bekas perdana menteri berkenaan.

Ini ditunjukkan dengan cara anggota polis mengambil makanan dan coklat dalam peti sejuk.

Publisiti yang meluas sekitar rampasan itu yang sebenarnya hanya barangan peribadi kepunyaan anak-anaknya telah menyebabkan penghinaan yang teruk dan memalukan kepada keluarga tersebut.

Dua anak rayu barangan dipulangkan

Menurut Harpal, kedua-dua penghuni kediaman merupakan anak Najib,Nor Ashman dan Nooryana Najwa. Mereka merayu jabatan siasatan jenayah komersil supaya “secepatnya memulangkan kesemua barangan peribadi dan mengelakkan untuk terus memalukan serta mendatangkan kesedihan kepada keluarga mereka.

Tidak ada relevan dan tiada bukti prima facie (bukti yang munasabah) bagi serbuan dan rampasan itu dibuat.

Selain daripada serbuan yang dijalankan di unit-unit kediaman berkenaan, 72 beg berisi wang tunai dan barang kemas serta 284 kotak beg tangan berjenama mewah juga dirampas dari dua unit kondominium yang dikaitkan dengan Najib di Pavilion Residences pada malam Khamis lalu.

Sumber: Free Malaysia Today, Malaysiakini

SKIP THIS AD ×