berita

“Are You Sure You Want To Keep On Fighting?” – Apabila Ditanya Anak, Ini Respon Najib Razak

February 11th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Tugas dan tanggungjawab seorang pemimpin sangat besar dan memberi pengaruh kepada rakyat. Seperti mantan Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak, perjuangannya terdahulu masih lagi dihargai dan diingati rakyat.

Meskipun, ‘zaman pemerintahan’ beliau sudah tamat namun bekas Perdana Menteri ini masih kelihatan aktif meluangkan masa bersama rakyat. Sehingga menimbulkan persoalan dari anak kepada mantan Perdana Menteri, Yana Najib terhadap perjuangan ayahnya.

Ingat perjuangan Rasulullah

Tanpa mengenal penat lelah, Dato Sri Najib masih kelihatan aktif berjuang demi melontarkan suara rakyat dan tindakan ini mengundang keprihatinan anak perempuannya, Nooryana Najwa. Malah, semangat seiring tagline ‘Malu apa bossku’ yang dibawa oleh bekas Perdana Menteri itu kini menjadi trending dan ikutan ramai.

Titles and positions come and go. But, helping those in need even in the smallest way possible is a blessed life worth fighting for.

I once asked my father, “Are you sure you want to keep on fighting? Think about what they may do to you, to the family, to your supporters?” His response was, “Remember Prophet Muhammad still carried on with his struggle even with only a handful of followers.

Anak perempuan mantan Perdana Menteri ini pernah bertanyakan kepada ayahnya tentang perjuangan yang masih di teruskan sehingga hari ini. Ayahnya memberi respon terhadap persoalan anaknya itu, ‘Ingat Rasulullah dahulu semasa baginda dikecam dan diduga baginda terus berjuang tanpa mengalah walau dengan hanya beberapa pengikut setia sahaja‘.

I know it will be painful

I know it will be painful. But I want to be there for the people when the dust settles, and the stark reality of Malaysia Baru sets in. They will need someone to listen to their grouses, someone to stand with them, someone to tell them all is not lost and that we can do something about it”. 42 charges. And only one has to stick on a technicality and the government would have silenced its strongest critic.

Tambahnya lagi, dia turut membuatkan ayahnya berfikir tentang rakan politik yang telah bertukar parti akan buat kepada ayah, kepada keluarga dan kepada penyokong-penyokong ayahnya. Menurut Yana Najib lagi, dia percaya rakyat masih memerlukan seseorang pemimpin untuk turun padang dan mendengar suara rakyat.

Beri kekuatan dan semangat kepada ayah saya

Sifat sabar dan tidak mudah mengalah yang ada pada ayahnya dalam menghadapi waktu sukar begitu dikagumi. Bagaimanapun, Dato Sri Najib nekad untuk membersihkan namanya dan terus berjuang bagi menambah baik kehidupan rakyat.

Every second he spends alone in the accused dock, he will be thinking of his family, friends, supporters and the people that he so deeply cares for. You are his source of strength and determination. It will be your kind thoughts, encouraging words and heart-felt prayers that will help him weather this storm. Please stand by him in what will be the biggest test of his life.

Yana Najib menyedari ayahnya semakin mendapat banyak sokongan rakyat dan dilihat sebagai seorang pembangkang yang amat berkesan dalam mengimbangi corak politik negara. Yana Najib turut mengalakan rakyat Malaysia untuk terus menyokong perjuangan ayahnya itu.

Anda adalah sumber kekuatan dan semangat ayah saya. Doa anda akan membantu beliau dalam mengharungi onak dan duri ini. Berdirilah bersama beliau ketika ayah saya menghadapi cabaran yang terbesar dalam hidupnya ini.

Sumber: Yana Najib

SKIP THIS AD ×