berita

Nostalgia : Datin Sofia Jane Kongsi Gambar Kahwin 18 Tahun Lepas

February 28th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Gambar Kahwin Sofia Jane

Agaknya, ini pertama kali OHBULAN! muatnaik foto-foto perkahwinan lama seorang selebriti. Yang menariknya, selebriti tersebut ialah Datin Sofia Jane. Sekitar tahun 90an, Datin Sofia memang seorang yang sangat popular sehingga memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular (ABPBH) 1993 dan juga Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH) 1994.

Menerusi laman Twitter rasmi @twt_malaysia, Datin Sofia telah membawa naik isu perkahwinan sambil berkongsi gambar-gambar nostalgia di hari perkahwinannya.

Pelakon yang dilahirkan di London ini telah melangsungkan perkahwinan bersama Meor Zain Azman pada tahun 1995. Ketika mereka berkahwin, Datin Sofia baru berusia 23 tahun. Dan kini beliau sudah pun menginjak umur 41 tahun. Kami lihat, Datin Sofia masih lagi kekal cantik sehingga sekarang, apa pula kata anda?

Mari lihat beberapa keping foto di majlis perkahwinan Datin Sofia Jane dan Meor Zain Azman.

SKIP THIS AD ×