

Aktres Datin Sofia Jane mendedahkan ini adalah kali pertama dia menerima tawaran sebagai duta produk selepas lebih tiga dekad bergelar anak seni.
Artikel Berkaitan: Sofia Jane Kongsi Tips Kekal Cantik Di Usia 52 Tahun – ‘Saya Tak Ambil Makanan Berproses’
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Untuk Segalanya, Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ke-28’ – Datin Sofia Jane
Pertama kali terima

Menurut Sofia, dia tidak terus bersetuju untuk menerima kolaborasi dengan produk kesihatan, White Tomato Toujours Advanced. Sebaliknya, Sofia, 53, meneliti pemilihan bahan-bahan digunakan terlebih dahulu dan mencuba selama tiga bulan secara konsisten.
Kata pemilik nama Sofia Jane Hisham, dia memutuskan untuk menerima tawaran itu kerana memberi kesan positif kepada wajahnya.
Ini kali pertama saya menerima tawaran sebegini sepanjang karier. Produk baharu ini menggunakan bahan ‘plant based’ (berasaskan tumbuhan).
Saya adalah seseorang yang menggunakan produk berasaskan tumbuhan dalam tempoh yang lama.
Kebanyakan diet saya masih dengan sayur-sayuran dan buah-buahan, jadi saya tertarik dengan produk baharu yang mereka hasilkan ini.
Sofia berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kesihatan Toujours Advanced di Guardian, The Exchange, TRX, pada Isnin.
Pada majlis itu, Sofea diumum sebagai duta suplemen yang diusahakan pasangan selebriti terkenal, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.
Cantik dari dalaman

Dalam pada itu, aktres yang namanya melonjak di persada seni selepas membintangi filem Perempuan, Isteri dan … arahan U-Wei Haji Saari pada 1993 menyatakan dia berpegang dengan prinsip bahawa kecantikan sebenar datang dari dalaman diri iaitu pemakanan dan gaya hidup.
Pada saya kecantikan sebenar adalah sesuatu yang kita buat untuk diri sendiri seperti mempunyai keyakinan.
Keyakinan tidak semestinya datang dari luar, tapi dari dalamannya juga bergantung kepada pemakanan dan gaya hidup.
Ini termasuk keperibadian sebagai seorang manusia serta bagaimana anda melihat dunia. Itulah yang saya terapkan selama ini.








