berita

Pelakon Seksi Lana Nodin Berangkat Ke Mekah Hari Ini

February 28th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Lana Nodin

Sebelum ini, pelakon yang sering tampil dengan imej seksi, Lana Nodin pernah menyatakan hasratnya untuk berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah.

Ternyata hasrat pelakon ini tercapai apabila dia telah memuatnaik beberapa keping foto keberangkatannya ke Mekah menerusi laman instagram miliknya .

Dalam gambar tersebut, Lana kelihatan gembira disamping adik lelaki dan juga sahabat baiknya Lisdawati. Malah, turut kelihatan Fauzi Nawawi dan beberapa ahli keluarga mereka.

Lana NodinLana merakamkan foto kenangan bersama keluarga dan sahabat baiknya, Lisdawati

Keberangkatan Lana ke Mekah turut mendapat reaksi positif daripada peminat yang mendoakan supaya ibadah dan perjalanan Umrah aktres jelita itu dipermudahkan.

Dalam pada itu, sebelum berangkat ke Mekah, Lana sempat merakam fotonya di majlis kenduri doa selamat yang diraikan bersama keluarga dan anak-anak yatim.

Lana Nordin

Lana Nodin sebelum ini pernah memberitahu media bahawa selain beribadah, tujuan utama dia ke tanah suci adalah untuk memohon petunjuk berkaitan jodohnya.

Pelakon berusia 35 tahun ini juga pernah mengutarakan hasratnya untuk menukar imej seksi secara perlahan-lahan apabila pulang daripada menunaikan ibadah itu kelak. Untuk makluman, Lana akan berada disana selama 12 hari.

Marilah sama-sama kita mendoakan supaya perjalanan ibadah Lana dipermudahkan. Apa-apa pun jom lihat dulu foto keberangkatan Lana.

SKIP THIS AD ×