berita

Lana Nodin Hilang Sabar, Dakwa Penguatkuasa Pilih Kasih ‘Clamp’ Kereta – ‘Kenapa Tak Saman Orang Yang Parking Sama Tempat Dengan Aku? 

February 7th, 2024 | by Alia
Kini Trending

lana nodin clamp

Pelakon, Lana Nodin berang terhadap anggota penguatkuasa yang didakwa pilih kasih kerana bertindak mengunci tayar keretanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Allahuakbar’ – Netizen Terkejut Tengok Dress Merah Lana Nodin Di Korea

Artikel Berkaitan: Hidung ‘Korea’ Dipuji Macam Barbie Doll, Lana Nordin Bertuah Dapat Suami Penyayang

Mahu keadilan

lana nodin clamp

Menerusi luahan panjang di Instagram (IG), Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nodin pada awalnya sedang mencari tempat letak kereta namun gagal.

Lana yang bimbang dengan keselamatan diri yang ketika itu membawa sejumlah wang ringgit kemudian meletakkan kenderaannya berdekatan bank sebelum anggota penguatkuasa bertindak mengunci tayar kereta.

Tengah hari  tadi aku pergi bank untuk masukkan duit tunai yang banyak dan aku seorang, kawasan ni memang sangat-sangat susah untuk parking. Jadi aku pun parking di tempat sebelah bank yang aku rasa tidak mengganggu atau block mana-mana jalan yang menyebabkan kesesakan dari aku kena parking jauh bawa duit tunai banyak seorang diri.

Bila aku keluar bank masa tu tak saman lagi dan aku terangkan semuanya kenapa aku parking dekat situ. Dengan muka sombong berlagak dia kata kalau dikutkan dalam masa 1 minit kena clamp!

Aktres berusia 44 tahun ini mempertikai anggota penguatkuasa tersebut berikutan terdapat beberapa kenderaan lain yang melakukan kesalahan sama tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan.

Kalau aku parking memang menyebabkan keseksakan jalan sampai kereta tak boleh keluar ke atau block jalan ke aku faham. Yang aku tak faham tak sampai 5 minit aku parking kau beria jalankan tugas yang kononnya buat kerja!

Kenapa kau tak saman atau clamp juga van atau orang parking sama tempat dengan aku? Alasan kau sebab ada orang dalam kereta.

Apa beza aku yang parking dekat situ tak sampai 5 minit kau clamp? Terangkan dekat aku yang duduk dalam kereta berjam-jam lagi lama dari aku, yang parking tak sampai 5 mins kau clamp.

Susulan itu, Lana menyifatkan tindakan berkenaan adalah sangat biadab dan mendakwa anggota penguatkuasa tersebut pilih kasih.

Sumber: IG Lana Nordin

SKIP THIS AD ×