berita

Pendedahan Panas Abby Abadi Mengenai #Throwback Perkahwinan Dengan Norman Hakim

April 15th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-04-15 at 10.58.33 AM

Agak lama juga kami tak dengar berita mengenai Abby Abadi. Kali terakhir adalah luahan hati Abby dalam membesarkan anak-anaknya.

Tapi, kali ini kami nak kongsi sedikit luahan Abby mengenai perkahwinannya dengan Norman Hakim yang gagal sebelum ini.

Ini bukan edisi #throwback tau! Tapi kami sebenarnya tertarik dengan kapsyen yang ditulis oleh Abby Abadi melalui laman Instagram miliknya.

Kahwin Bukan Sebab Cinta

abby

Tersentap hati kami ketika sedang asyik membaca kapsyen Abby. Mana taknya, tiba-tiba Abby mengakui dia dan Norman berkahwin bukan atas dasar cinta!

Habis tu atas sebab apa? Kami pun tak mampu nak jawab kerana Abby hanya menulis jeng jeng jeng sahaja.

Akan Beri Bukti Jika Norman Setuju

Screen Shot 2015-04-15 at 11.01.19 AM

Bertambah keliru kami apabila Abby mengatakan dia akan berkongsi bukti jika Norman bersetuju dengan haratnya itu.

Hah! Pendedahan apakah yang bakal Abby buat kali ini? Siap ada gambar sebagai bukti tau!

Kami pun berdebar-debar menanti. Apapun, kami tetap mendoakan yang terbaik buat Abby, Norman dan Memey. Orang kata ikatan kekeluargaan takkan putus. Tak gitu?

SKIP THIS AD ×