berita

Polis Sahkan Farid Kamil Positif Dadah Jenis Ganja

January 11th, 2018 | by Shafika | 0 comments
Isu & Kontroversi

 

Hari ini kecoh di media sosial apabila Farid Kamil didakwa menampar anggota polis trafik dan menendang orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara. Isu itu mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya tertanya apa yang berlaku.

Artikel Berkaitan : Didakwa Tampar Polis & Tendang Orang Awam, Farid Kamil Ditahan?

Terbaru, pihak polis sudah mengesahkan Farid Kamil sebenarnya di bawah pengaruh dadah. Menerusi Harian Metro polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek esok.

Positif ganja

Saya mengesahkan pelakon berkenaan positif dadah jenis ganja. Polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek esok.

Portal Harian Metro hari ini melaporkan pelakon berusia 37 tahun itu secara tiba-tiba menampar anggota polis yang bertugas di kaunter Balai Trafik Kota Damansara. Selain menampar polis dia turut menendang dua orang awam di dalam balai berkenaan.

Kes ‘ah long’

Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek menunjukkan mesej aplikasi whatsapp 300 artis hutang ah long.

Susulan itu, pelakon dan pengarah itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan.

Sumber : Harian Metro

Most Read Today