Pelakon, Diana Danielle tidak menganggap perceraiannya dengan bekas suami, Farid Kamil merupakan antara perkara yang menjadi titik terendah dalam kehidupannya.

Artikel Berkaitan: Lagu Baru Diana Danielle Tak Sindir Sesiapa – ‘Niat Saya Hanya Untuk Hiburkan Pendengar’

Diana hilang ‘kawan baik’

@syoksyoksyok

Dalam episod terbaharu Confession Bilik Gelap, pelakon dan usahawan seni Diana Danielle tampil membuka sisi hidup yang jarang dikongsi kepada umum. Di sebalik glamor dan populariti sejak usia remaja, Diana sebenarnya telah melalui pelbagai fasa kejatuhan dari tekanan industri hiburan, cabaran dalam kehidupan peribadi, hinggalah perjuangan mencari semula kekuatan diri. #SYOK #syokpodcast #confessionbilikgelap #dianadanielle #pelakonmalaysia #kehidupan #jatuhbangunsemula💪 #malaysia #fyp #fypシ @diana.danielle @sudyrtahir

♬ original sound – SYOK – SYOK

Menerusi sesi podcast ‘Confession Bilik Gelap’ yang dikendalikan Sudyr Tahir, Diana walau bagaimanapun menganggap kehilangan kawan baik dalam perkahwinan merupakan titik terendah dalam kehidupannya.

Ujar Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson, adalah satu perkara yang menyakitkan untuk menerima kenyataan bahawa ikatan suami isteri yang dahulunya sehaluan kini membawa haluan hidup masing-masing.

Kehilangan rumah tangga (perceraian) bukan titik terendah tetapi kehilangan teman baik dalam perkahwinan adalah titik terendah dalam hidup saya.

Untuk terima hakikat bahawa kita dah tak seiring dan sejalan (sukar) di mana awak dah tak faham saya dan saya pula tak faham awak.

Ketika itu saya tidak tahu apa saya mahu dan perlukan, tapi lama kelamaan, kita sedar, kita bukan untuk satu sama lain.

Sangat ‘heartbreaking’ bila kita dah tak sehaluan dah. We are not in the same page anymore.

Meskipun tidak menyebut nama, rata-rata netizen mula membuat spekulasi mengatakan ‘sahabat baik’ yang dimaksudkan Diana adalah Farid Kamil.

Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Farid dan Diana kemudiannya bercerai ppada 10 Ogos 2023 selepas berdepan masalah rumah tangga sebelum sepakat untuk rujuk dalam tempoh idah.

Sehinggalah pada 24 Mac lalu, mereka sah bercerai buat kali kedua selepas Diana memfailkan cerai pada 4 November tahun lalu.

Video penuh

Sumber: TikTok, YouTube