berita

‘Poyolah Dengan Accent Dia Tu!’ – Mengaku Tidak Dapat Bercakap ‘Accent’ Lama, Shila Amzah Teruk Dihentam

November 20th, 2017 | by Shafika | 0 comments
112K
reads
9K
shares
Isu & Kontroversi

Baru baru ini Shahila Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila telah selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya. Semua sedia maklum, tunangnya, Haris Idraki Elias bekerja dalam sektor kewangan di kota London. Tidak hairanlah kalau tunangnya mempunyai slang orang putih.

Terbaru, ‘slang’ ala ala British Shila Amzah turut menjadi bualan netizen. Dia mengaku bahawa dia tidak dapat bercakap menggunakan ‘slang’ lamanya. Video Shila Amzah yang yang berdurasi 2 minit itu teruk dikritik netizen yang rata-rata menganggap Shila Amzah ‘over’.

Tak boleh guna ‘slang’ lama

Menerusi perkongsian seorang pengguna twitter, dia berkongsi video Shila Amzah cuba bercakap dalam ‘slang’ lamanya namun tidak berjaya. Video itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengkritik dia terlalu ‘mencuba’ untuk menggunakan ‘slang’ British nya itu.

Dikecam ramai


Mungkin Shila Amzah sudah terbiasa dengan slang dia kut. Dia pun mengaku yang dia lebih selesa dengan slang sekarang. Apa apa pun, semoga Shila Amzah berbahagia di samping orang tersayang.

Sumber : Amir Ridzuan

Most read today

Recommended for you