
Pencipta kandungan, Ubai MZ, meluahkan rasa terkilan terhadap tindakan segelintir netizen yang disifatkan keterlaluan apabila meninggalkan mesej berbaur makian dan ugutan terhadap isterinya, Shila Amzah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ubai Kesal Difitnah Bercerai Seminggu Selepas Berkahwin – ‘Ada Gambar Saya Dengan Shila, Rupanya..’
Artikel Berkaitan: Ubai Imbas Detik Cemas, Tiga Kali Nyaris Maut Dalam Kemalangan – ‘Berguling Atas Highway, Kereta Elak Langgar Saya’
Terima makian & ugutan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli, 28, tampil menegur tindakan segelintir netizen yang melampaui batas.
Menurut Ubai, dia dan isterinya menerima banyak mesej berbaur ugutan susulan kenyataan yang dikeluarkan penyanyi lagu Patah Seribu itu mengenai dua kumpulan popular daripada Korea Selatan.
Maafkan saya, sedikit teguran.
Saya rasa tak perlu sampai DM maki hamun, bagi kata-kata kesat dan ugut itu ini.
Tambah Ubai, dia turut membalas kebanyakan mesej yang diterimanya dengan mengajak individu terbabit menyelesaikan perkara itu secara bersemuka namun mereka memilih untuk berdiam diri.
Kebanyakan yang saya DM ajak jumpa, semua tak balas. Ada seorang saja yang balas, itu pun tak mahu jumpa.
Semua tak guna akaun yang betul. Tahu-tahu hilang.
Imbas kembali, kenyataan Shila Amzah yang didakwa membandingkan dua kumpulan popular Korea Selatan, BTS dan EXO, mengundang perhatian peminat kedua-dua kumpulan itu sekali gus mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.
Bagaimanapun, Shila segera menurunkan kenyataan tersebut sebelum tampil membuat permohonan maaf serta menjelaskan niat sebenar.
Sumber: Threads @ubaihani








