berita

Rita Rudaini Pula Marah-Marah Di Laman Instagram. Ha, Kes Apa Pula Ni?

August 21st, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Media-Screening-filem-Balistik-29

No. No. No. Ini bukan kisah mengenai tuntutan nafkah terhadap bekas suaminya, Aidil Zafuan dan bukan juga kisah sedih anak-anaknya yang dikatakan tidak menerima perhatian sewajarnya daripada insan bergelar bapa.

Sebelum ni pun, pelakon comel Nora Danish ada meluahkan perasaan marahnya terhadap pihak pengurusan Hotel Lego. Nak dijadikan cerita, kali ini Rita Rudaini pun nampaknya macam dah naik angin.

Artikel Berkaitan: Bodoh! Lego Hotel Adalah Hotel Paling Bahaya & Paling Teruk Pernah Saya Pergi – Nora Danish

Semalam, Rita telah memuat naik sekeping foto yang mengandungi kata-kata tak puas hati dengan sebuah syarikat perkhidmatan jalur lebar di Malaysia. Nak tahu syarikat mana? Kenalah baca sampai habis dulu.

Screen Shot 2014-08-20 at 8.42.27 PM

Tak puas hati dengan TM Unifi rupanya!

Ha..mudah je kan jadi artis, dalam tempoh masa lebih kurang setengah jam, ramai peminat nampaknya bersetuju dengan pendapat Rita dek kerana mereka pun terkena benda yang sama.

Mungkin tak lama lagi, syarikat tersebut pula akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini. Yelah kan, kenalah jaga hati pelanggan sikit. Customers always right. Tak gitu?

Dah terlanjur bercerita pasal Rita, untuk makluman anda, petang semalam mahkamah telah menetapkan 10 Disember depan untuk keputusan bagi permohonan tuntutan nafkah dua orang anaknya bersama Aidil.

Pada sesi soal balas oleh peguamnya, Roslan Sujak Rafiee, Aidil memberitahu mahkamah bahawa perbelanjaan bulanan RM5,500 yang dibayar kepada isterinya pada ketika itu adalah termasuk bayaran sewa rumah kelamin.

Roslan : Kenapa tidak sediakan duit sewa rumah selepas kamu berpindah ke rumah baru?

Aidil Zafuan : Majikan saya ketika itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menyediakan rumah secara percuma.

Roslan : Kamu ada menyatakan bahawa duit tersebut dimasukkan ke dalam akaun plaintif, ada atau tidak plaintif menyatakan duit tersebut tidak mencukupi?

Aidil Zafuan : Tiada

Roslan : Dalam keterangan sebelum ini, kamu ada memaklumkan bahawa tiada alamat lengkap diberikan kepada plaintif( Rita Rudaini), kenapa?

Aidil Zafuan : Kerana dia (Rita Rudaini) tidak mahu berpindah.

Menurut Sinar Harian lagi, isteri Aidil, Zarema Zainal buat pertama kalinya hadir menemani Aidil ke mahkamah manakala Rita pula bersama kakaknya.

Kredit foto: Instagram Rita Rudaini

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×