berita

‘Saya Harap Bapa Zahirah Jadi Gentleman, Matang’ – Zul Ariffin Akui Sedia Putus Jika Tak Direstui

November 11th, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Restu orang tua dalam perhubungan adalah antara resepi kebahagiaan. Iyalah, tanpa restu mereka yang menjadi punca kita terlahir di dunia, masakan sesebuah ikatan itu akan berkekalan, walau sekuat mana sekalipun cinta dijalinkan.

Pelakon kacak Zul Ariffin lantaran itu mengakui keliru dengan tindkan bapa kekasihnya, Zainol Macwilson yang beberapa kali membuat kenyataan seolah memberi bayangan mereka tidak mempunyai hubungan yang baik. Betul ke?

Harap Zainol Macwilson berterus-terang, bersikap matang

Zul mengharapkan bapa kepada Zahirah Macwilson itu supaya lebih matang dan berterus-terang jika tidak merestui hubungan mereka dan tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan apa yang terpendam.

‘Saya tertanya-tanya tujuannya, tapi saya tiada jawapan’

Saya tidak tahu apakah bapa Zahirah mempunyai masalah dengan saya atau mungkin dia tak suka kami rapat? Saya tertanya-tanya tujuannya, tapi sehingga hari ini saya tiada jawapan.

Harap bapa Zahirah jadi ‘gentleman’ dan matang

Saya berharap bapa Zahirah jadi lelaki gentleman dan matang. Jika benar tidak suka saya mendekati anaknya, saya sedia meletakkan noktah dalam hubungan kami. Saya hormati permintaannya dan akan mengundur diri.

Saya juga bakal menjadi bapa suatu hari nanti, sudah pasti saya mahu yang terbaik untuk zuriat sendiri. Saya sanggup ketepi perasaan saya jika itu yang dimahukan. Cuma, pinta saya, berterus-terang supaya saya tidak tertanya-tanya.

Zainol hanya bergurau

Media pernah melaporkan Zainol ada membuat kenyataan ‘Macam tak ada hero lain ke’ apabila ada yang mencadangkan Zul digandingkan dengan Zahirah. Bagaimanapun Zainol membalas kembali kenyataannya itu hanya berbentuk gurauan semata.

Zul nyahaktif Instagram

Dalam pada itu, Zul khabarnya menyahaktif akaun Instagramnya buat sementara waktu. Kenyataan itu dibuat menerusi akaun kelab peminatnya, Zul Ariffin FC. Aktor itu dijangka kembali ke media sosial pada tahun baru.

Sumber: Berita Harian , ZA Official , Zul AriffinFC

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×