berita

Saya Tahu Sebab Apa Mereka Putus – Hefny Sahad Komen Isu Cinta Nad Zainal & Azwan

May 7th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

red-carpet-7

Sebelum ini, Azwan Kombos pernah memberitahu dia tidak pasti tentang punca hubungannya dengan Nad Zainal bermasalah selepas aktres itu mengumumkan perpisahan mereka menerusi Melodi pada hari Ahad lepas.

Bagaimanapun, hari ini pelakon, Hefny Sahad pula menyatakan dia tahu apa yang berlaku antara pasangan itu kerana Nad sering mengadu masalah kepadanya.

Namun begitu, Hefny menafikan dakwaan bahawa dirinya adalah individu ketiga yang memecah-belahkan hubungan Nad dan Azwan.

Screen Shot 2014-05-07 at 11.31.43

Diakui saya dan Nad mula akrab sejak berlakon bersama. Dia banyak meluahkan masalah peribadinya kepada saya. Dan saya tahu sebab apa mereka putus. Tetapi, terus terang saya katakan, saya bukanlah punca putusnya hubungan mereka itu.

Setahu saya, mereka putus sebelum kami digandingkan bersama dalam telefilem itu (Mengintai Syurga Mama). Terkejut pula apabila ada orang nak kaitkan saya sebagai punca masalah cinta mereka.

Sementara itu, Nad pula menegaskan keretakan hubungan cintanya disebabkan oleh masalah antara dia dan Azwan sendiri, bukannya kerana pihak ketiga.

Skandal Artis Nad Zainal dan Azwan Kombos Berkhalwat

Apa yang berlaku antara kami tiada kena mengena dengan pihak ketiga mahupun Hefny. Saya ada sebab peribadi dan biarlah perkara itu saya simpan sendiri.

Lagipun saya dan Azwan sudah berbincang menyelesaikan masalah berkenaan dan ia dianggap sudah selesai. Tidak elok rasanya apabila berlaku masalah di antara kami, ia dikaitkan dengan orang lain.

Manakala Azwan pula dalam kenyataannya di sebuah akhbar tempatan mengaku mahukan yang terbaik dalam hubungannya bersama Nad dan berharap agar peminat sentiasa mendoakan mereka.

Sumber: mStar Online

SKIP THIS AD ×