berita

Saya Tidak Pernah Lupakan Dia – Datuk Hattan Bakal Rujuk Isteri Pertama

October 29th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Selepas bercerai dengan talak satu pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya bersama isteri pertama, Arianie Mohd Abidin, Hattan atau nama sebenarnya, Datuk Mohd Shukri Shahabuddin dikhabarkan bakal merujuk kembali terhadap bekas isterinya ini.

Ketika berkongsi hidup, mereka berdua telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Eiman yang kini sudahpun berusia 14 tahun. Hattan dalam kenyataannya memberitahu, dia tidak menolak sekiranya diizinkan Tuhan, dia dan Arianie bakal berkahwin semula dalam waktu terdekat.

“Saya tidak pernah lupakan dia meskipun sudah sembilan tahun berpisah. Setiap hari saya berdoa moga jodoh kami bertaut semula dan andai diizinkan Tuhan, tidak mustahil kami akan berkahwin dalam waktu terdekat.” – Datuk Hattan dipetik dari Harian Metro.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Rendang Tak Berbuah’ ini menjelaskan, sebelum ini dia pernah menyuarakan hasratnya kepada Arianie, namun Arianie meminta untuk diberikan masa.

“Saya pernah suarakan hasrat mahu dia kembali kepada saya, tetapi dia minta saya bersabar dan bagi dia masa. Kini, saya nampak kesungguhannya untuk sama-sama membina kembali keluarga kami.”

Menurut Hattan lagi, dia sebenarnya mahu melakukan majlis ini secepat yang mungkin dan cukup sekadar majlis diadakan secara kecil-kecilan saja.

“Ikutkan hati, saya mahu laksanakan secepat mungkin. Biarpun sibuk dengan bisnes dan tuntutan karier sebagai penghibur, tiada alasan untuk saya tangguhkan perkara baik seperti ini.”

Untuk pengetahuan, selepas bercerai talak satu dengan isteri pertamanya, Arianie, Hattan kemudian berkahwin pula dengan Farah Asyikin Othman pada 11 November 2011. Namun perkahwinan ini hanya bertahan selama 2 bulan sahaja apabila mereka  pada 12 Januari 2012.

SKIP THIS AD ×