berita

Shah Iskandar Risau Kontroversi Cinta Suami Orang Jejaskan Teater Projek Kahwin, Hanez Suraya Mungkin Undur Diri

March 24th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

shah-iskandar

Semakin hari semakin banyak pula cabaran dan dugaan yang melanda diri Hanez Suraya sejak percintaannya dengan suami orang menjadi bualan hangat.

Selain teruk dicemuh orang ramai, Hanez juga dikatakan sudah tidak lagi menjadi duta kepada produk kecantikan dan kesihatan Aura White gara-gara imejnya yang sudah tercalar.

Akibat daripada itu pula, timbul spekulasi mengatakan teater Projek Kahwin lakonan Hanez bakal menerima kesan diatas kontroversi yang melanda aktres itu.

Hanez Suraya

Jika sebelum ini tersebar desas-desus mengenai gerakan membaling telur yang akan dilakukan oleh pihak-pihak tertentu bertujuan untuk mensabotaj teater itu nanti.

Namun menerusi akhbar Metro Ahad semalam, Shah Iskandar selaku rakan pelakon yang turut menjayakan teater itu meluahkan rasa bimbang sekiranya teater berkenaan tidak mendapat sambutan dan sokongan peminat.

“Sebenarnya saya bimbang kerana isu itu, penonton enggan datang membeli tiket dan menonton persembahan kami. Walaupun hal itu hak peribadi antara Hanez dan peminatnya, sedikit sebanyak ia turut memberi kesan.

Saya terkejut apabila ada pihak tidak bertanggungjawab mewujudkan akaun sosial Facebook Kami Benci Hanez Suraya yang mencecah lebih 20,000 pengikut. Jadi, kebimbangan saya ada sebabnya.”

projek kahwin

Izzue Islam, Hanez Suraya dan Shah Iskandar antara pelakon Projek Kahwin

Menerusi laporan yang sama juga, Amir Shawn selaku penerbit teater tersebut menjelaskan bahawa pihak produksi tidak pernah terfikir untuk membuat keputusan yang melulu hanya kerana kemarahan pihak-pihak tertentu.

Buat masa ini, pihak penerbit masih lagi membuat perbincangan secara terperinci namun dalam masa yang sama turut bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi. Nama-nama pelakon ganti juga sudah dipertimbangkan sekiranya benar Hanez ingin berundur.

Untuk pengetahuan anda, Projek Kahwin bakal dipentaskan pada 6 hingga 14 Jun 2014 di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur.

SKIP THIS AD ×