berita

Sumber : Fazura Didakwa Bercium Dengan ‘Teman Baik’ Di Lapangan Terbang?

March 27th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Fazura

Pasti semua sudah tahu akan hubungan mesra pelakon dan model jelita iaitu Fazura yang dikatakan bercinta dengan seorang DJ bernama Randy Seidman.

Bagaimanapun, Fazura pernah menegaskan bahawa jejaka itu hanya dianggap sebagai ‘teman baik’ sahaja. Namun, kemesraan mereka jelas menunjukkan yang mereka kini sedang bercinta.

Terkini, kami dikejutkan dengan gosip mengenai seorang wartawan portal berita yang mendakwa ternampak wanita mirip Fazura bercium dengan seorang lelaki di sebuah lapangan terbang tanah air.

Randy

Jejaka yang dipercayai ‘teman baik’ Fazura

Randy Zura

Fazura ketika bercuti bersama Randy

Menurut laporan rakan media kami, Rotikaya, wartawan tersebut turut mendakwa bahawa bukan sahaja seorang, tetapi terdapat ramai lagi petugas media lain yang terlihat aksi mesra tersebut.

Screen Shot 2014-03-27 at 5.49.56 PM

Khabarnya, tingkah laku mereka seakan-akan sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta.

“Sekali pandang persis aktres popular Nur Fazura bersama dengan seorang lelaki berkepala botak yang juga deejay popular dari Amerika Syarikat yang sebelum ini mereka mengakui sedang berkawan rapat.

“Yang tidak faham kenapa mereka hingga suka sangat buat aksi over di khalayak ramai. Orang lain bercinta juga. Kalau setakat suap-suap makan, tak hairan pun.

“Tapi bila dah mesra lain macam sampai bercium, tangan masuk dalam baju, urut-urut belakang, lentuk kepala di bahu hingga malu pula nak tengok.” – sumber dari Rotikaya

Menurut laporan tersebut lagi, khabarnya ada gambar yang sempat dirakamkan. Namun, masih belum didedahkan kepada mana-mana media lagi.

Kami cuba menghubungi Fazura sebentar tadi, namun tidak berjaya. Jika melihat kepada akaun Instagramnya, Fazura kini dipercayai sedang bercuti di luar negara.

SKIP THIS AD ×