berita

Tahukah Anda Kenapa Kita Sering Mengantuk Ketika Memandu? Baca Penjelasan Doktor Ini

December 13th, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Pasti ramai diantara kita yang pernah mengalami masalah terlelap semasa memandu kereta mahupun menunggang motosikal. Kebiasaannya keadaan seperti ini akan berlaku pada waktu pagi dan tengah hari. Awas, anda mungkin berisiko tinggi untuk terlibat dalam kemalangan.

Memaksa dan menahan diri daripada mengantuk bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik. Simptom microsleep seperti tersengguk-sengguk, kelopak mata semakin tertutup atau kuyu, mata terkebil-kebil, gagal fokus sudah cukup menandakan anda perlu berhenti dan ambil masa untuk berehat. Jom baca penjelasan dari Dr. Zakimi Microsleep ini.

Hilang input deria lihat dan dengar

Apakah itu microsleep? Mungkin ada yang pernah dengar. Microsleep adalah episod di mana kita terlelap atau tertidur seketika secara tak sengaja selama 2-30 saat. Fenomena ini menyebabkan kehilangan input deria pendengaran dan penglihatan yang diproses di otak.
Cuba bayangkan jika fenomena ini berlaku semasa memandu. Mata tertutup ataupun masih terbuka, pandangan terus hilang, kepada tersengguk-sengguk, pendengaran kosong dan tangan terlepas dari steering hanya beberapa saat sahaja, maka berisiko terlibat dalam kemalangan.
Kalau terjadi masa tengok TV atau depan laptop tak apalah. Tak pun jatuh kerusi saja.

Elakkan 3 risiko ketika memandu

Microsleep berisiko terjadi jika seseorang itu tidak cukup tidur, kepenatan dan kemurungan. Jika kita memandu, sepatutnya kita tidak berada dalam keadaan berisiko ini. Cukupkan rehat dan tidur. Kalau mengantuk ketika memandu, berhenti di mana-mana RnR dan tidur secukupnya. Rehatkan badan dan minda. Jangan paksa diri.
Hati-hati memandu, ingatlah orang yang tersayang sedang menunggu di rumah.

 

SKIP THIS AD ×