berita

Tengok Cara Sharifah Sakinah Balas Komen Biadab. Sama Kasar Tapi Mungkin Berguna.

September 23rd, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

IMG_7562

Realitinya memang susah nak puaskan hati semua orang. Mungkin dek kerana kenyataan tersebut, pelakon yang sering mencetuskan kontroversi ini dilihat tidak mahu ambil pusing kata-kata sinis hatersnya.

Ramai yang menilai peribadi Sharifah Sakinah menerusi foto-foto agak seksi yang dimuat naik di laman sosialnya. Namun, dia pernah berkata bahawa foto-foto tersebut sebenarnya mahu dijadikan sebagai pembakar semangat kepada fansnya yang ingin tampak fit.

Namun, semalam komen yang melampau daripada salah seorang hatersnya dilihat telah membuatkan Sakinah berang lantas membalas komen tersebut dengan kata-kata yang agak kasar.

SAKINAHBOGEL

Kami pun agak terkesima bila membaca komen daripada Sakinah yang kami perolehi daripada emel ini. Mungkin dia dah lama memendam rasa dengan komen-komen tak masuk akal sedemikian, lama-lama meletuplah jadinya.

Erm.. rasanya memang tak wajar individu itu membuat dakwaan yang biadab macam tu kan? Mungkin individu terbabit hanya berniat mahu bergurau, tetapi gurauan itu agak melampaui batas.

Screen Shot 2014-09-22 at 11.32.55 PM

Setahu kami, orang ramai beratur di luar kedai jenama pakaian sukan terkemuka itu disebabkan Sakinah berada di event syarikat terbabit. Bukanlah sebab Sakinah berbogel ya!

Bagaimanapun, peminat-peminat Sakinah nampaknya tidak berdiam diri. Mereka juga turut menyelar individividu terbabit dan menyokong tindakan yang dilakukan oleh Sakinah.

sakinahbogel2

Apapun, kami berharap agar Sakinah bersabar dengan dugaan yang diterimanya. Mungkin semua ini ada hikmahnya kan? Relax. Jangan marah-marah ya! Nanti cepat tua!

Kredit foto: Instagram Sharifah Sakinah

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×