
Hantaran pelakon Fasha Sandha dibanjiri teguran daripada netizen apabila suaminya, Aidil Aziz dipeluk rakan selebriti wanita.
Artikel Berkaitan: ‘Lepas Ni Kalau Nak Tegur Selebriti DM Je Daripada Cuba Memalukan, Kami Tak Sempurna’ – Fasha Sandha
Artikel Berkaitan: ‘Pergi Bali Ditaja, Makan & Spa Pun Dia Belanja’ – Individu Kagum Cara Fasha Sandha Hargai Peminat
Suami dipeluk
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan dilihat berkongsi beberapa foto bersama suami dan beberapa rakan selebriti semasa menghadiri sebuah program hiburan.
Difahamkan, Fasha menemani suaminya, Aidil bagi mempromosikan drama terbaru bersama beberapa barisan pelakon lain seperti Sharifah Sakinah dan Trisha Ooi.
Bagaimanapun, hantaran tersebut meraih teguran daripada warganet yang kurang senang melihat Aidil dipeluk Sharifah Sakinah.
Teguran daripada netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menegur pelakon berusia 41 tahun itu untuk menjaga batas daripada mana-mana perempuan memegang suaminya. Selain itu, warganet turut menasihati agar tidak menormalisasikan perbuatan haram secara terang-terangan.
Sumber: Instagram @fashasandha




![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)
![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)
