berita

Terima Mesej Bertalu Dari Pelanggan Mahu Pelamin Macam Yuna Tapi.. Kelakar!

January 28th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Nampaknya pelamin nikah Yuna yang diadakan di Puncak Rimba, Bentong, Pahang baru-baru ini telah membuatkan ramai orang jatuh hati. Konsep yang lain daripada yang lain serta lokasi yang menarik membuatkan ada yang mengimpikan pelamin seumpama itu di hari bahagia mereka.

Di facebook, individu ini kongsi terima banyak mesej daripada pelanggan bertanyakan pelamin viral tersebut. Namun apa yang melucukan pelanggan hanya mempunyai bajet kurang daripada RM200. Alamak dik, RM200 mana nak dapat pelamin macam tu?

Berapa harga pelamin ni?

 

Menurut individu ini, dia menerima pertanyaan bertalu-talu daripada pelanggan bertanyakan harga pelamin seperti Yuna. Namun apa yang menyedihkan bajet yang disediakan adalah tidak lebih daripada RM200. Kami percaya, melihat sahaja kepada pelamin tersebut bajet yang banyak perlu disediakan. Bimbang pula hasilnya tidak seperti yang diimpikan.

Saya post bukan minta dikecam

Butik perkahwinan ini ada menjelaskan tujuan utama beliau memuatnaik screenshot tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada pelanggan dek kerana menerima terlalu banyak soalan berkenaan pelamin tersebut. Selain itu turut meminta maaf kepada yang terlibat.

Mana nak dapat RM150?

 

 

Sumber : Butik Perkahwinan Fidaerdy

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×