berita

Tetap Percaya Tunang, Redzwani Puteri Tak Kisah Shahrizal Jaszle Benar Atau Salah

April 10th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

redzwani puteri

Susulan daripada kes khalwat melibatkan Shahrizal Jaszle dengan seorang wanita bernama Farah Nurizzati Salleh, pelakon lelaki itu baru-baru ini didakwa hanya memakai seluar dalam jenis boxer apabila serbuan dibuat pada 16 Mei 2013.

Artikel berkaitan:

Dakwaan tersebut dibuat oleh saksi yang juga Pegawai Penguat Kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Radzi Saliman pada hari Selasa lalu.

Berikutan kontroversi yang masih belum selesai ini, ramai berpendapat hubungan Shahrizal dengan tunangnya, Redzwani Puteri akan kembali terjejas namun ternyata cinta mereka lebih kuat dari yang disangka.

Shahrizal Jaszle & Tunang

Menurut Puteri yang juga seorang doktor, dirinya masih mempercayai Shahrizal dan hubungan kedua-duanya masih baik seperti dulu.

Tidak ada apa-apa yang perlu saya cakap. Saya percayakannya dan terserah kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada dia berada di pihak yang benar atau salah. Sehingga kini, kami masih lagi berpasangan.

Lagipun perkara ini sudah pun lepas. Apa yang saya boleh cakap, tiada manusia yang dapat lari daripada kesilapan.

Terdahulu, keluarga Puteri pernah memutuskan pertunangan mereka berdua akibat kes khalwat ini namun kembali disatukan pada Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.

Shahrizal juga pernah mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa dia akan tetap menikahi Puteri pada tahun ini iaitu awal setahun dari perancangan sebelum ini.

Sumber: mStar Online

SKIP THIS AD ×