berita

Tidak Terlibat Pemberian Dana Kepada Badan Israel, McDonald’s Malaysia Lapor Polis

December 14th, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Setiap kali konflik Palestin-Israel memuncak, maka setiap kali itulah seruan boikot McDonald’s ‘dilancarkan’. Maka penuhlah timeline Facebook dan mesej berantai Whatsapp dengan pelbagai seruan menggesa umat Islam tidak menyokong restoran itu.

Sebagai usaha penafian kaitan McDonald’s dengan dakwaan penyaluran dana kepada Israel, wakil restoran itu membuat laporan polis terhadap pihak yang menabur fitnah dan membuat ajakan boikot.

Laporan polis terhadap 20 individu, organisasi

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi terhadap 20 individu dan organisasi yang membuat dakwaan palsu serta boikot terhadap restoran itu. Laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pengarah Urusan dan Pemilik Saham Tempatan Gerbang Alaf Restaurant Sdn Bhd, Azmir Jaafar berkata pihak menyerahkan kepada pihak polis dan SKMM untuk menyiasat sebelum saman akan dikeluarkan kepada mereka.

Hanya bayar royalti kepada McDonald’s Corporation

Salah satu tohmahan yang tidak benar dan fitnah, sumbangan McDonald’s Amerika Syarikat kepada Jewish United Fund (JUF) melalui program pemberian sepadan.

Di Malaysia, kami tidak terbabit dengan program berkenaan sebaliknya hanya membayar royalti kepada McDonald’s Corporation.

Justeru, kami menubuhkan satu pasukan peguam penasihat luar untuk membantu dan memastikan hak dan kepentingan syarikat serta lebih 12,000 pekerja dilindungi.

Menurut Azmir lagi, JUF hanya salah satu daripada banyak badan di Amerika Syarikat yang berhak untuk menerima sumbangan derma di bawah program pemberian sepadan, namun ia tidak terpakai di Malaysia.

Sepanjang 2014, lebih 2,000 sumbangan derma pekerja pelbagai badan kebajikan yang dipadankan oleh McDonald’s Amerika Syarikat di bawah program terbabit.

Daripada jumlah itu hanya sebilangan kecil iaitu tiga saja derma pekerja kepada JUF. Badan kebajikan Islam turut menerima sumbangan melalui kaedah yang sama.

Tambah Azmir lagi sepanjang 2014, pihaknya telah membuat sumbangan sebanyak lebih 2000 derma kepada pelbagai badan kebajikan. Malahan badan kebajikan Islam turut terlibat menerusi cara serupa.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×