berita

Tunku Mahkota Johor Nikah Jumaat Ini

October 20th, 2014 | by Ai
Kini Trending

FW346084_JB01_201014_TMJ_KAHWIN-scr-horz

[UPDATEFoto : Tunku Mahkota Johor & Cik Puan Khaleeda Selamat Bernikah]

Akhirnya berita yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Maka dengan ini terjawablah persoalan mengenai siapa suri hati Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ)

Melalui laporan Bernama, difahamkan TMJ bakal menamatkan zaman bujangnya Jumaat ini dengan Cik Khaleeda Bustamam.

Untuk makluman, istiadat pertunangan dan pernikahan baginda akan berlangsung di Istana Bukit Serene pukul 10 pagi pada hari itu.

kawen

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli, Cik Khaleeda akan dikurniakan gelaran Che Puan, isteri kepada Tunku Mahkota Johor selepas istiadat pernikahan itu.

Majlis gilang gemilang itu nanti bakal dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pasangan dan juga para tetamu kehormat yang termasuk Sultan Brunei, Sultan Pahang, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri Singapura serta barisan exco dan anggota Dewan Undangan Negeri Johor.

Tahniah kami ucapkan kepada TMJ dan Cik Khaleeda. Semoga ikatan yang bakal dibina kekal ke anak cucu. Selamat Pengantin Baru in advance dari kami.

SKIP THIS AD ×