berita

‘Ini Orang Panggil Tong Kosong, Macam Jakun Dapat Basikal’ – TMJ ‘Sound’ Konvoi Kereta Lamborghini Pandu Secara Merbahaya

August 1st, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

TMJ Sound Konvoi Lamborghini

Baru-baru ini tularnya video memaparkan konvoi beberapa buah kereta mewah yang dilihat memandu secara merbahaya dengan memotong barisan di garisan berkembar.

Tindakan yang dilakukan pemandu kereta-kereta mewah itu bukan sahaja mendapat kritikan netizen malah turut menerima kritikan daripada DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Artikel Berkaitan: Diperli Kalah Bola, TMJ Tetap Tenang – ‘Anda Boleh Ketawa Hari Ni, Saya Akan Ketawa Untuk Beberapa Tahun Lagi’

‘Mungkin nak kena ajar hormat orang’

TMJ Sound Konvoi Lamborghini

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik laman Instagram VOCKET Car Club, TMJ meninggalkan komen dengan menyifatkan konvoi tersebut sebagai ‘tong kosong’ yang sering membuat bunyi bising.

Bukan itu sahaja, TMJ juga berpendapat kesemua pemandu tersebut perlu diajar cara untuk menghormati orang ramai terutama sekali dengan pengguna jalan raya lain.

Sehingga artikel ini ditulis, komen yang ditulis TMJ itu telah meraih lebih 3,000 tanda suka oleh netizen.

Polis sudah ambil keterangan

TMJ Sound Konvoi Lamborghini

Foto: Harian Metro

Dalam pada itu, Harian Metro melaporkan pihak polis sudah pun mengambil keterangan lima pemandu kereta mewah jenis Lamborgini yang terlibat dalam konvoi tersebut.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, kesemua kereta mewah itu juga disita untuk siasatan lanjut.

Kita telah membuka satu kertas siasatan terhadap kes berkenaan dan ia akan dilengkapkan dalam masa terdekat.

Ujian saringan awal air kencing semuanya negatif bahan terlarang.

Kesemua pemandu itu kemudiannya ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video yang tular

 

View this post on Instagram

 

A post shared by VOCKET Car Club (@vocketcarclub)

Sumber: Instagram, Harian Metro

SKIP THIS AD ×