berita

Twitter : Shila Amzah Tegur Afiq Muiz & Eina Azman

May 15th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Shila Amzah

Tipulah kalau anda tak tahu isu yang pernah melanda Shila Amzah dan bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad sebelum ini. Kecoh kontroversi mereka berdua dan kami rasa tidak perlulah kami ceritakan semula apa yang berlaku kan? Semuanya telah pun selesai.

Namun, perkara yang hampir sama turut berlaku ketika ini terhadap pelakon yang baru meningkat dan kami rasa anda sendiri pun tidak berapa kenal. Bezanya ialah kedua pelakon ini tidaklah popular dan entah dari mana, tiba-tiba saja memenuhi ruangan gosip akhbar cetak dan online.

Semalam, kecoh apabila ibu Afiq Muiz mengatakan pelakon ini seperti sudah derhaka terhadapnya dan berubah sikap apabila dia bersama kekasihnya, Eina Azman. Hendak dipendekkan cerita, Afiq menafikan perkara tersebut dan menerusi laporan beberapa buah media lain hari ini, Afiq memberitahu bahawa dia sebenarnya telah dihalau oleh ibunya.

Manakala kekasihnya iaitu Eina Azman pula dalam kenyataannya hari ini mendedahkan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang jika ibu Afiq tidak meminta maaf kepada dirinya dalam masa seminggu. Ini berikutan tuduhan ibu Afiq yang mengatakan dia mengikis duit Afiq, secara tidak langsung menjejaskan namanya.

Nak tahu apa yang paling epik? Ya, Shila Amzah menerusi laman Twitternya hari ini secara terang menulis dan menasihatkan agar pasangan kekasih ini beralah dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Shila yang baru saja mendapat PR di China juga menulis di laman Twitternya bahawa media bukanlah saluran yang betul untuk menyelesaikan masalah mereka.

Shila Amzah Pesan Afiq Dan Ina

Bagus kiranya Afiq dan Eina dapat baca pesanan dari orang yang lebih berpengalaman, kan? Janganlah gunakan media dan isu sebegini untuk meraih publisiti. Orang kata, publisiti murahan. Kan?

Mari baca lagi beberapa status Shila Amzah kepada Afiq Muiz dan Eina Azman selepas ini.

 

SKIP THIS AD ×