berita

Uqasha Jumpa Sharnaaz Untuk Harijadi Saya – Pekin

October 24th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Pekin

Dalam pada keadaan tengah kecoh mengenai kisah putus cinta antara Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose, akhirnya OHBULAN! mendapat perkhabaran yang lain pula.

Sebelum ini terdapat beberapa artikel yang mengatakan Pekin memutuskan hubungan dengan bakal isterinya itu gara-gara orang ketiga iaitu Sharnaaz Ahmad.

Artikel berkaitan:

Namun kami berjaya menghubungi Pekin sendiri hari ini dan menurut pelakon itu, apa yang terjadi hanyalah sekadar salah faham.

Sebenarnya semua ni salah faham je. Beberapa hari lepas, saya dapat tahu Uqasha ada berjumpa dengan Sharnaaz. Bila tahu macam tu, saya bengang la. Saya terus tak angkat panggilan telefon dari Uqasha. Siapa yang tak marah kalau dapat tahu kekasih kita keluar dengan orang lain.

Tapi bila saya berjumpa dengan Sharnaaz semalam, barulah saya dapat tahu yang mereka sebenarnya tengah rancang surprise birthday party untuk saya. Dan kebetulan masa itu, mereka juga sedang terlibat dengan sebuah penggambaran.

Bila saya tahu perkara sebenar, saya minta maaf pada Uqasha dan sekarang ni hubungan kami seperti biasa.

Pekin-Ibrahim

Menurut Pekin lagi, perkara menjadi di luar kawalan apabila ada pihak yang gemar menokok tambah dan mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku.

Dan disebabkan salah faham itu jugalah, rancangan untuk menyambut hari lahirnya yang bakal jatuh pada 26 Oktober 2013 tidak akan menjadi kenyataan.

Ditanya sama ada benar Pekin seorang yang panas baran seperti yang didakwa Uqasha, pelakon ini pantas menafikan perkara tersebut.

Saya tak salahkan Uqasha apabila dia keluarkan kenyataan macam tu. Saya sebenarnya susah nak marah, tapi bila isu ni menyentuh soal orang yang saya sayang, mestilah ada terdetik perasaan yang kurang senang kan. Tapi saya bukanlah jenis yang suka memukul perempuan dan naik tangan apabila marah.

Dalam masa yang sama, Pekin turut menyatakan bahawa dakwaan mengenai pembatalan perkahwinannya yang bakal berlangsung pada bulan Oktober tahun hadapan adalah tidak benar sama sekali.

Saya tak pernah keluarkan kenyataan mengenai itu. Kami masih merancang untuk ke jinjang pelamin.

Pekin turut menjelaskan bahawa mereka masih belum bertunang dan berkemungkinan besar akan mengikat tali pertunangan beberapa jam sebelum bernikah.

Uqasha yang dihubungi pula enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini dan menganggap apa yang terjadi sebagai dugaan pasangan yang ingin berkahwin.

SKIP THIS AD ×