berita

Video Panas : Indonesia Punya Kembar Datuk Siti Nurhaliza, Siti Liza

January 3rd, 2013 | by Ai
Hollywood


Terkejut OHBULAN! tatkala terbaca sebuah artikel dari sebuah portal hiburan seberang, Kapanlagi. Menerusi laporan media dari negara seberang ini, Siti Liza atau nama sebenarnya Resriliza, 25, sememangnya mempunyai ciri-ciri seperti Datuk Siti Nurhaliza.

Menurut mereka, Malaysia bakal mendapat pesaing yang sangat mirip dengan Siti Nurhaliza, bukan saja dari segi paras rupa, malah vokal dan juga genre muzik. Untuk pengetahuan, penyanyi ini memang sengaja dijadikan hampir serupa dengan Siti Nurhaliza oleh sebuah syarikat rakaman dari Indonesia.

“Saat pertama kali saya lihat dan dengar suaranya, saya langsung tahu anak ini harus dikemas seperti apa,” ujar Arnold dari Talenta Indonesia.

Anda mahu dengar suara Siti Liza? Jom dengar single dari Siti Liza sendiri, “Dua Hati”. Apa kata anda?

SKIP THIS AD ×