berita

[VIDEO] ‘Saya Minta Maaf Kerana Emosi’ – Konsert Pertama BCL Selepas Kematian Ashraf Undang Sebak

February 29th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Pada 18 Februari lalu, pemergian pelakon kesayangan ramai Ashraf Sinclair undang sebak ramai orang termasuk peminatnya di Indonesia. Malah sehingga ke hari ini, masing-masing turut berdukacita dengan kesedihan yang perlu ditanggung oleh balu arwah, Bunga Citra Lestari (BCL) dan anak tunggalnya, Noah Sinclair.

Terbaru, video nyanyiannya di Coca cola Bunga Citra Lestari BCL SQ Dome yang berlangsung semalam menarik perhatian ramai yang rata-ratanya sedih melihat BCL yang kelihatan sebak ketika menyampaikan nyanyiannya.

Tahan sebak ketika menyanyi

Selepas 10 hari kematian suaminya, BCL kembali bekerja semula malam semalam di satu konsert dimana tiketnya sudah habis dijual. Walaupun masih dalam kesedihan kerana kehilangan pasangan hidup buat selamanya tapi penyanyi Indonesia bersikap peofessional untuk tetap tampil menghiburkan orang ramai di konsert tersebut.

Ramai sebak

Lebih memilukan apabila lokasi persembahan ini pernah dihadiri oleh arwah Ashraf Sinclair dan anaknya sendiri bagi memberi sokongan. Bayangkan tempat yang sama tapi ketiadaan suaminya disisi.

Video penuh

https://www.youtube.com/watch?v=U71-JTNQGIU&feature=youtu.be

Sumber : Ibcig, Youtube

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×