berita

Wardina Kecam Penyampaian Ustaz Don Sebagai Tak Sahih

April 16th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Wardina Ustaz Don

Sebelum ini, Wardina Safiyyah pernah didakwa cenderung kepada sebuah parti politik dek kerana memberi ceramah kekeluargaan di majlis tersebut.

Namun, ibu kepada tiga orang anak ini akhirnya memberi penjelasan bahawa dia tidak pernah terlibat dengan sebarang aktiviti politik.

Terkini, sekali lagi nama Wardina menjadi sebutan di laman sosial apabila satu status di laman Facebook rasminya dikatakan secara terang-terangan mengecam penceramah tersohor negara, Ustaz Don Daniyal.

Screen Shot 2014-04-15 at 9.46.32 PM

Wardina Safiyyah telah mengkritik Ustaz Don Daniyal menerusi laman Facebook

“Saya bukanlah orang alim. Namun saya menyeru kepada para ulama’..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan.

Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan Sunnah… It is an amazing mukjizat on its own. We don’t need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran.

Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan penyampaian yang tidak sahih darinya.

Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujjah dan dalil, perlu disiplin. Agama Islam bukan agama mistik. Ianya berpadukan dalil Quran dan Sunnah. Wallahualam.”

Status yang menerima lebih 1000 likes itu bagaimanapun telah mengundang pelbagai respon daripada para pengikutnya. Ada yang bersetuju dan ada juga yang dilihat membalas kenyataan Wardina dengan kata-kata sindiran lalu mengatakan bahawa wanita itu tidak layak untuk menegur Ustaz Don.
Screen Shot 2014-04-15 at 9.51.37 PM

Link video yang dikongsi oleh Wardina Safiyyah

Turut berkongsi sebuah video bertajuk Kompilasi Hadis Palsu Dan Pendustaan Don Daniyal, Wardina menjawab sindiran tersebut dengan menggunakan potongan ayat Al-Quran.

“We have a right to ask…. We SHOULD ask. Yes even to our ustaz and ustazah. Dari mana sumber ini? Siapa yang berkata ini? Apa lanjutan cerita ini? Saya musykil dengan jawapan ustaz..bolehkah ustaz terangkan lagi… ?

Ya, kerana para sahabat juga bertanya kepada Nabi saw. Dan Nabi membenarkan…. Saya sering merujuk ayat ini dalam Surah Al Baqarah ayat 260.. dimana Nabi Allah Ibrahim as sendiri bertanya.. bertanya kepada Allah….Nabi bertanya kepada Allah? Tidakkah Nabi percaya??? untuk apa? Kerana dengan bertanya kita mencari jawapan..supaya? Supaya hati menjadi lebih tenang… Surah Al Baqarah:260

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-mahkluk yang mati?” Allah berfirman: “Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanKu)?” Nabi Ibrahim menjawab: “Bahkan (aku percaya dan yaqin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang sangat-sangat ingin menyaksikannya)”.

Bertanyalah. Dan para ustaz jawablah persoalan kami ini. Bukalah minda kami. Jangan suruh kami ikut kamu, namun suruh lah kami mengikut Quran dan Sunnah Nabi saw.”

Apa pendapat anda semua mengenai kritikan yang dilontarkan oleh Wardina ini ya? Yang pasti, masing-masing mempunyai komen tersendiri, namun terpulang kepada seseorang individu itu bagaimana mahu mengemukakan pendapat mereka.

Kredit: Facebook Wardina

SKIP THIS AD ×