berita

‘1 Malaysia Kena Tipu’ – Viral Sungai Jernih Siap Ada Ikan Koi Di Penang, Netizen Kantoikan Hal Sebenar

July 29th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Pengguna laman sosial beberapa hari lalu meluahkan rasa kagum dengan sekeping foto ‘sungai’ dengan air jernih  dengan ratusan ekor ikan koi berenang-renang dipercayai dirakam di Pulau Pinang.

Namun, kekaguman berkenaan tidak lama apabila seorang netizen mendedahkan hakikat di sebalik ‘sungai’ jernih tersebut.

Cantik macam dekat Jepun

Netizen di Twitter dan Facebook berkongsi keterujaan dengan gambar sungai berair jernih dihiasi ikan koi seperti yang terdapat di negara matahari terbit, Jepun.

Rupanya..

Pengguna laman sosial Abdul Kader mendedahkan ‘sungai bersih’ berkenaan sebenarnya adalah sebuah kolam manakala sungai tersebut berada di bawah tersembunyi di bawah laluan pejalan kaki.

Air kotor disalurkan ke terusan

Penuh sampah

Sumber: Abdul Kader

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.