Macam yang korang semua tahu, pada tahun sebelum ni Ramadan @ POPULAR telah mengadakan satu kempen bersempena bulan Ramadan dan ia melibatkan semua kedai buku POPULAR dan HARRIS.
Sepanjang kempen ini, para pelanggan dapat menikmati rebat sebanyak 10% bagi buku Bahasa Melayu terpilih, dan 10% daripada jumlah hasil jualan ini telah didermakan kepada 19 rumah anak-anak yatim terpilih dari seluruh Malaysia.
Untuk pengetahuan korang, kempen Ramadan @ POPULAR ini diadakan bagi menggalakkan masyarakat untuk membaca serta Beribadah Sambil Beramal tau! Tahun ni ada lagi ke? Apa lagi inisiatif yang korang akan dapat? Jom tengok!
Dapat beri sumbangan melalui Projek Wakaf Al- Quran kepada Badan Kebajikan Terpilih
Selain menikmati tawaran hebat, korang juga boleh memberi sumbangan melalui Projek Wakaf Al-Quran & Terjemahan mereka tau! Korang hanya perlu membeli dan menyerahkan buku- buku tersebut kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk diwakafkan kepada Badan Kebajikan terpilih.
Lepas tu nanti juruwang akan mengambil rekod pembelian korang. Senang kan? Ha… yang paling best lagi, korang akan dapat hadiah percuma iaitu senaskah surah Yassin atau Manzil dengan setiap pembelian RM50 ke atas dalam 1 resit sementara stok masih ada.
Nikmati rebat sebanyak 10% untuk lebih daripada 267 tajuk-tajuk terpilih
Ha… bagi tahun 2021, POPULAR bersama 8 syarikat penerbitan tempatan akan meneruskan kempen yang bermakna ini bagi menolong mereka yang memerlukan bantuan.
Oleh itu, sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang, Promosi Ramadan @ POPULAR 2021 akan diadakan mulai 5 Mac sehingga 9 Mei 2021 di Kedai Buku POPULAR/HARRIS terpilih di seluruh Malaysia termasuk POPULAR Online.
Sepanjang promosi ini berlangsung, korang sebagai pelanggan dapat nikmati rebat sebanyak 10% untuk lebih daripada 267 tajuk-tajuk terpilih dari katergori Agama, Motivasi, Bukan Fiksyen, Masakan dan Komik.
Dengan tema Membaca yang diadakan, korang boleh la Beribadah sambil Beramal. Ini kerana dengan setiap pembelian korang, 10% tu akan didermakan kepada Badan Kebajikan terpilih. Jadi sambil membaca, korang juga dapat membuat amal. Best kan?
Takde masa nak keluar ke kedai? Boleh guna perkhidmatan Order, Pick & Go!
Kalau korang tak sempat utuk pergi ke kedai mereka, korang juga boleh menggunakan perkhidmatan Order, Pick & Go yang telah disediakan. Korang boleh pilih sama ada nak pickup barang tersebut di cawangan pilihan korang atau terus delivery ke rumah je.
Korang juga boleh hubungi cawangan pilihan korang melalui aplikasi Whatsapp atau membuat pencarian nombor telefon cawangan tersebut di SINI.
Jom kongsi rezeki dengan insan yang memerlukan & beribadah sambil beramal!
Jadi tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang korang untuk nikmati rebat dan promosi yang ditawarkan. Dengan itu juga, korang dapat kongsikan rezeki dengan insan-insan yang memerlukan.
Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini, korang boleh layari laman web POPULAR Online atau melalui aplikasi Facebook dan Instagram mereka sekarang! Selamat membaca dan selamat beramal!