berita

10 Intipati Utama Belanjawan Ekonomi Madani 2024

October 14th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2024 yang berlangsung pada petang Jumaat di Parlimen.

Belanjawaan ini adalah kali kedua dibentangkan dibawah Kerajaan Perpaduan yang memperuntukan sebanyak RM393.8 bilion.

Artikel Berkaitan: 10 ‘Highlight’ Belanjawan 2023 Malaysia Madani

Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat
belanjawan

Bertemakan ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’, tiga tumpuan utama belanjawan 2024 adalah Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan, Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan dan Peningkatan Darjat Hidup Rakyat.

Berikut OhBulan! kongsikan 10 intipati utama Belanjawan 2024:

1. Sumbangan Tunai Rahmah

belanjawan

Antara yang ditunggu-tunggu adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diumumkan akan ditingkatkan peruntukannya kepada RM10 bilion berbanding pada tahun 2023 sebanyak RM8 bilion.

2. Cukai Perkhidmatan

belanjawan

Kadar Cukai Perkhidmatan dinaikkan kepada 8% daripada 6% dengan skop diluaskan kepada perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke. Bagaimanapun kerajaan mengekalkan 6% untuk perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik.

3. Rebat Bil Elektrik

belanjawan

Kerajaan memberikan rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan kepada 142,000 isi rumah miskin tegar dengan peruntukan RM55 juta selain mengecualikan bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri untuk 120,000 isi rumah miskin juga dikecualikan.

4. Subsidi Petrol

belanjawan

Menurut Perdana Menteri harga petrol RON95 di negara ini adalah antara yang termurah dengan kadar RM2.05 sen seliter, justeru penyasaran semula subsidi akan dilakukan secara berfasa mulai tahun hadapan.

5. RM160 Juta Dana Industri Seni

belanjawan 2024

Sebanyak RM60 juta Dana Kandungan Digital untuk mempromosi karya tempatan dan menyokong kandungan berteraskan nilai kenegaraan akan diberikan.

RM90 juta Inisiatif Film In Malaysia Incentive (FIMI) bakal diperkenalkan untuk menggalakkan penghasilan filem bertaraf antarabangsa serta RM10 Juta Skim Dana Padanan MyCreative dalam menyokong anak-anak seni untuk penghasilan projek kreatif.

6. Pengecualian Duti Hiburan

Dalam pada itu, pihak kerajaan juga mencadangkan pengurangan kepada lima peratus duti hiburan bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan ‘indoor’ dan simulator juga di Wilayah Persekutuan.

Kerajaan mengumumkan untuk menetapkan kadar cukai pendapatan khas sehingga 10% kepada syarikat produksi filem, pelakon filem asing dan kru filem yang menjalankan penggambaran filem di negara ini. Cukai hiburan bagi persembahan pentas artis antarabangsa juga dikurangkan sebanyak 10%.

7. Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)

belanjawan

Seramai 35,000 anak daripada keluarga kurang berkemampuan berpeluang untuk mendapat BKP apabila kerajaan bersetuju untuk meluaskan kriteria pendapatan ibu bapa mengikut kadar garis kemiskinan (PGK) RM2,589 berbanding RM1,500 pada tahun 2023.

8. Diskaun PTPTN

Buat peminjam PTPTN anda usah risau kerana kerajaan telah bersetuju untuk memberi diskaun bayaran balik dari 14 Oktober tahun ini sehingga 31 Mac 2024.

Diskaun yang diberikan adalah: 10% atas baki hutang penyelesaian penuh pinjaman, 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran dan 15% untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

9. Yuran Pengajian Tinggi

belanjawan

Bermula Januari 2024 yuran pendaftaran bagi kemasukan ke universiti awam dihadkan tidak melebihi RM1,500.

Dalam masa yang sama, bagi pelajar yang tidak mampu menjelaskan yuran pengajian, mereka tidak akan disekat daripada mendaftar subjek.

10. Penjawat awam

belanjawan

Kerajaan bakal menyalurkan sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam.

Selain itu, insentif RM1,000 diberikan kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

OhBulan! berharap semoga segala kemudahan serta inisiatif yang telah diusahakan oleh kerajaan ini dapat dimanfaatkan oleh segenap masyarakat Malaysia.

SKIP THIS AD ×