berita

10 ‘Highlight’ Belanjawan 2023 Malaysia Madani

February 24th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Baru sahaja berlangsung sebentar tadi pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani oleh Perdana Menteri yang juga pemegang portfolio Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat. Menerusi belanjawan yang pertama kali dibentangkan dibawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), telah memperuntukan sebanyak RM388.1 bilion.

Artikel Berkaitan: Money Matters Kembali, Fokus Jangkaan Kelembapan Dalam Ekonomi & Perdagangan Global

Artikel Berkaitan: Cadangan Penambahbaikan BKM 2023 Dari Pandangan Netizen

12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad

Belanjawan kali ini bertemakan “Membangun Malaysia MADANI’ memfokuskan kepada tiga tekad, pertama pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, kedua refomasi institusi dan tatakelola bagi memulihkan keyakinan serta yang ketiga keadilan sosial untuk menyederhana kesenjangan.

OhBulan! kongsikan 10 tumpuan utama.

1. Cukai Barangan Mewah

Cukai Barangan Mewah akan diperkenalkan bermula tahun ini dengan had nilai yang tertentu mengikut jenis barangan mewah seperti jam tangan dan barangan fesyen jenama mewah.

2. Duti Eksais Produk Rokok Elektronik dan Vape

Kerajaan juga telah mencadang untuk mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

3. Amanah Saham Bumiputra

Dividen sebanyak 5.1 peratus kepada simpanan ASB kurang daripada RM 30,000 berbanding dividen 4.6 peratus terdahulu yang akan memanfaatkan seramai 87 peratus ahlinya.

4. Ujian memandu

Dalam pada itu, kerajaan juga telah bersetuju untuk menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal untuk kelas B2, lesen teksi, bas dan e-hailing.

5. Dana membaiki klinik dan sekolah daif

Dibawah Ikhtiar ke-5 iaitu pembaharuan sektor awam untuk menyegerakan projek prasarana, sebanyak RM1.2 billion bagi menjayakan projek pembaikan yang akan melibatkan sebanyak 400 buah klinik dan 380 buah sekolah daif tanpa mengira negeri.

6. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Berita gembira kepada isi rumah berpendapatan kurang daripada RM2500 akan layak menerima STR sehingga RM2500 bergantung kepada bilangan anak.

Selain itu, kerajaan juga akan memberikan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih dan kumpulan miskin tegar layak menerima STR sehingga maksimum RM3100.

Bantuan-bantuan ini akan meringankan beban 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM8 bilion.

7. e-Tunai Belia Rahmah

Tumpuan kerajaan juga diberikan kepada golongan belia yang berusia 18 hingga 20 tahun menerusi penawaran kredit e-Tunai Belia Rahmah yang berjumlah RM200 menggunakan peruntukan sebanyak RM400 juta yang akan disasarkan kepada 2 juta orang belia.

8. Subsidi Yuran Taska

Pengumuman oleh Perdana Menteri tentang subsidi yuran taska RM180 sebulan bagi pejawat awam dan menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah yang layak daripada RM5000 kepada RM7000 akan mengurangkan bebanan para ibu bapa yang bekerja di sektor awam.

9. Menambah simpanan KWSP

Antara yang paling dinanti, menerusi belanjawan ini ahli KWSP yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang RM10,000 di dalam Akaun 1 mereka, kerajaan akan menambah caruman simpanan mereka sebanyak RM500.

10. Diskaun PTPTN

Kepada peminjam PTPTN, selama tiga bulan bermula 1 Mac 2023, 20 peratus diskaun bayaran balik akan diberikan.

Selain itu, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1800 ke bawah untuk tempoh 6 bulan dan peminjam boleh memohon bermula 1 Mac ini.

OhBulan! berharap semoga manfaat yang telah disediakan oleh kerajaan ini dapat memberikan kebaikan kepada semua.

SKIP THIS AD ×