berita

13 Foto Terbaru Elyana Bersama Keluarga

January 9th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Semenjak mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan Khairul Anuar Hussin pada bulan November 2010 yang lalu, muka penyanyi dan pelakon terkenal Elyana kian sepi dalam industri hiburan tempatan.

Namun begitu, kini Elyana telah kembali aktif mewarnai dunia lakonan apabila mula muncul dengan drama terbarunya berjudul ‘Marsyitah’ yang kini sedang ditayangkan di TV2 pada setiap hari Rabu.

Bagi mengubat kerinduan para peminat Elyana, di sini pihak OHBULAN! ingin memaparkan beberapa foto terbaru penyanyi ini sewaktu menghadiri konsert sambutan ambang tahun baru pada minggu lalu dan beberapa keping foto Elyana bersama keluarga bahagianya untuk sebuah sesi fotoshoot baru-baru ini.

 

Kredit Foto : Blog Elyana