Hantaran terbaharu yang dimuat naik oleh penyanyi Elyana di media sosial miliknya telah meruntun sebak warganet.

Artikel Berkaitan: Elyana ‘Upload’ Foto Berkepala Botak, Coretan Di Kapsyen Meruntun Hati – ‘Bermati-Matian Usaha Untuk Nampak Tenang & Waras’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bapa Elyana Sebak Terima Hadiah Kereta – ‘Impian Saya Sebagai Anak Sejak Dari Kecil Sudah Tertunai’

Cukur rambut

@elyana_official1

Masyaallah.. Aku kuat demi anak-anak. I have a child who doesn’t deserve the broken version of me. Aku sedang berjuang untuk melatih anak-anak menjadi wanita hebat yang tabah… Insyaallah…

♬ original sound – Aina Abdul World – Aina Abdul World

Menerusi perkongsian di Instagram dan TikTok, Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal, 35, dilihat sedang mencukur rambutnya dan dibantu oleh anak-anak.

Dalam video yang sama, turut kelihatan gumpalan rambut di lantai tandas dan Elyana menulis ringkas bahawa ia merupakan hari ke-29 dia menjalani rawatan kimoterapi.

Meskipun berdepan dengan ujian berat namun, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu tetap optimis untuk pulih demi anak-anaknya.

MasyaAllah…perjuanganku demi anak-anak.

Saya perlu sembuh kerana saya mempunyai anak-anak yang tidak layak menerima versi diriku yang hancur.

InsyaAllah, semoga video ini bermanfaat untuk mereka yang perlukan semangat.

Doa netizen

Screenshot

Menjengah ke ruangan komen, Elyana dihujani dengan kata-kata semangat dan doa oleh rakan-rakan seindustri serta warganet.

Untuk info, kira-kira dua tahun lalu, Elyana berkongsi berita bahawa dia sudah disahkan bebas daripada penyakit itu.

Sebelum itu, Elyana membuat pendedahan bahawa dia menghidap kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017.

Sumber: Elyana