berita

14 Ribu Orang Tonton Aksi Kanak-Kanak Jual Baju Di FB Live, Memang Pandai Berniaga Sungguh!

April 10th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Kini, penggunaan Facebook (FB) live semakin dipraktikkan dan dijadikan alternatif buat para peniaga dalam memasarkan barangan yang dijual oleh mereka. Kaedah yang digunakan secara tidak langsung dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu lagi menyewa kedai bahkan transaksi yang dibuat akan menjadi lebih cepat.

Artikel Berkaitan: Live Pukul 3 Pagi Jual Bundle Harga RM1, Wanita Ini Sebak Bila Ramai ‘Support’

Seperti satu kisah yang tular di laman Facebook memaparkan ‘kepetahan’ seorang kanak-kanak bercakap dan menjual baju-baju menerusi FB live. Memang power lah dik!

Kecil-kecil dah pandai meniaga

Foto: Tangkap layar video

Menerusi perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Ahm Bundle, menceritakan pada mulanya sesi FB live kanak-kanak tersebut hanya mempunyai empat orang penonton.

Bagaimanapun, penonton ketika sesi itu meningkat secara mendadak sehingga 14 ribu orang. Ujar kanak-kanak tersebut, dia sama sekali tidak pandai untuk bermain permainan menerusi telefon bimbit dah hanya mahu memfokuskan untuk berniaga sahaja.

Allahu kalau diikutkan umur-umur dia masih muda lagi yang biasanya main game tetapi dia berbeza pulak rajin menjual baju. Bila dia cakap ja macam tuh terus stay dan jadi penonton live dia sampai habis.

Dia up sehelai-sehelai baju sambil gayanya yang comel menyanyi dan menari,terhibur penonton tengok gayanya.

Apa yang lebih menyeronokkan apabila terdapat seorang pelanggan yang terbuka hati untuk membeli baju-baju yang dijual olehnya.

Dia jadi lebih gembira dengan yang lock barangnya dlm live. Kalau scroll Facebook adik Joki, nampak dia rajin membantu seller-seller lain. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki adik joki. Aamiin

Semoga dimurahkan rezeki

Sumber: Ahm Bundle

SKIP THIS AD ×