berita

15 Jemaah Masjid Kluster Mahsuri Jitra Meninggal Dunia Dalam Masa 2 Minggu

June 14th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sumber foto: MYKMU.NET

Saban hari berlakunya peningkatan kes positif Covid-19 dan pertambahan kes kematian yang dilaporkan mencecah 63 sehari pada 13 Jun 2021. Di Jitra, Kedah seramai 15 jemaah masjid dilaporkan telah sah meninggal dunia akibat Covid-19 ekoran daripada kluster Taman Mahsuri yang merebak pada bulan Mei lalu.

Artikel berkaitan: Pesakit Positif Covid-19 Lari Dari Hospital

Artikel berkaitan: Kes Baru Covid-19 Paling Tinggi Dicatatkan, Bersediakah Kita?

Tercetus dari kluster Mahsuri

Sumber foto: BH Online

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri iaitu Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata kematian tersebut dipercayai berlaku sejak dua minggu lepas susulan jangkitan yang berlaku dalam kalangan jemaah masjid.

Ya, hingga hari ini sudah 15 orang meninggal dunia, maklumat ini saya perolehi daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah. Virus ini merebak sejak tercetusnya kluster di Taman Mahsuri yang turut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 18 Mei hingga 31 Mei lalu.

Kita harapkan virus ini cepat-cepatlah pergi. Kita juga harap orang ramai terus mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin seterusnya kita dapat membentuk imuniti berkelompok.

Dr Mohd Hayati menyifatkan Covid-19 amat bahaya dan mampu meragut nyawa sesiapa sahaja dalam masa yang singkat. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini melaporkan berlaku peningkatan mendadak dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokasi Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah, Jitra.

KKM bagaimanapun sudah melakukan 207 ujian saringan di sembilan kawasan zon merah di Jitra dan mendapati 94 daripada ujian saringan itu dilaporkan sah positif Covid-19.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×