berita

Kes Baru Covid-19 Paling Tinggi Dicatatkan, Bersediakah Kita?

October 5th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Menerusi platfom Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), memaklumkan bahawa kes baharu Covid-19 bagi hari ini mencatatkan sebanyak 432 kes.

Status terkini

Kes Covid-19 hari ini mencatatkan sebanyak 432 kes, 4 kes melibatkan kes import dan selebihnya merupakan kes tempatan. Hari ini tiada kematian direkodkan dan jumlah kes aktif Covid-19 terkini mencatatkan sebanyak 2,336 kes.

Kedah mencatatkan kes tertinggi iaitu 241 kes diikuti Sabah 130 kes dan Selangor 34 kes. Kedah turut merekodkan satu kluster baharu iaitu Kluster Jeram yang dikenal pasti di Kubang Pasu. Negeri-negeri lain seperti Terengganu, Labuan, Putrajaya, Perak, Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Sarawak mencatatkan lima kes kebawah. Manakala negeri Perlis dan Pulau Pinang tiada kes direkodkan.

Jumlah kes tertinggi hari ini adalah dari Kluster Tembok iaitu sebanyak 224 kes dicatatkan.

Kes positif ikut negeri

Status zon

Enam daerah berada di zon merah manakala 44 daerah berada dalam zon kuning dan selebihnya berada dalam zon hijau.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

SKIP THIS AD ×