berita

15 Tahun Tak Jumpa Mak Kerana Selisih Faham…

April 25th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Imi Aruz via Masak Apa Hari Ini

Persengketaan antara seorang ibu dan anaknya selama 15 tahun akhirnya menemui titik noktah selepas mereka kembali disatukan. Kisah yang boleh dijadikan pengajaran ini dikongsi oleh seorang lelaki dikenali sebagai Imi Aruz menerusi kumpulan Masak Apa Hari Ini di laman Facebook.

Terima kasih mak…

Foto: Imi Aruz via Masak Apa Hari Ini

Menerusi hantaran tersebut, lelaki ini menceritakan terdapat hikmah pada bulan mulia, Ramadan dan mereka (ibu & anak) kembali disatukan serta saling memaafkan antara satu sama lain.

Kasih ibu dan kebesaran bulan Ramadan. 15 tahun tak jumpa mak kerana selisih faham. Alhamdulillah awal bulan Ramadan takdir Allah lembutkan dan buka hati kedua-dua pihak untuk saling memaafkan.

Lelaki ini pada masa yang sama, turut memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T. berikutan masih diberikan kesempatan untuk berbaik bersama ibu tersayang dan sanggup merendahkan egonya walaupun pernah difitnah satu ketika dahulu.

Walau memang saya tak bersalah saya difitnah dulu saya buang ego saya.

Hubungan anak-beranak ini dilihat semakin akrab, selepas si ibu setiap hari akan memasak lauk kegemaran lelaki ini sebelum menghantarnya ke tempat kerja anaknya.

Walau lauk biasa-biasa. Pada yang masih terasa hati dan selisih faham dengan orang tua berbaiklah tak apa kita mengalah walau kita tak salah.

Berjurai air mata abam tiap kali dapat rasa masakan mak. Terima kasih mak.

Alhamdulillah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terharu dan sebak dengan kisah yang dikongsi. Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih hampir 1.3k komen daripada warganet.

Sumber: Imi Aruz via Masak Apa Hari Ini

SKIP THIS AD ×