Pelakon dan penyanyi Bella Astillah memaklumkan dirinya dan tunang, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman belum membuat persiapan sepenuhnya untuk hari bahagia mereka.

Artikel Berkaitan: ‘Bella & Syed Saddiq Bertunang Dulu, Barulah Nikah Dalam Tempoh Beberapa Bulan Lagi’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Kagum Didi Astillah Kerja Dari Kecil Demi Keluarga – ‘Hasil Duit Itulah Diguna Untuk Bantu Bella Fokus Belajar’

Penjelasan Bella

Pemilik nama lengkap Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, menjelaskan bahawa seluruh tumpuan mereka ketika ini adalah kepada keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq daripada tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Sebenarnya, saya masih belum boleh kongsikan. Sekarang kami lebih fokus kepada persiapan untuk YB Syed Saddiq untuk 30 Jun ini.

Jadi sama-sama doakan, selepas itu barulah kami akan kongsikan. Kita fokus mana yang penting terlebih dahulu.

Menurut Bella, urusan perkahwinan mereka akan dilaksanakan selepas kes tersebut selesai dan berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Selesai dahulu urusan ini, baru fikir. Tapi saya percaya ramai sangat di luar sana yang mendoakan kami.

Bella berkata demikian seusai menjayakan Konsert Bintang Uni-verse 2026 yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada Ahad.

Ketika disoal tentang spekulasi yang mengatakan mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada 26 Jun ini, Bella bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Sejujurnya saya tidak bergantung kepada tarikh, sama ada cantik atau tidak.

Yang menjadi tumpuan adalah kes mahkamah Syed Saddiq yang akan berlangsung, selepas itu mungkin kami akan sama-sama pergi tengok lokasi perkahwinan.

Debaran pun lebih kepada perbicaraan pada hujung bulan ini. Selepas itu, insyaAllah saya akan kongsikan lebih banyak lagi.

Terdahulu, khabar angin mengenai penyatuan kasih antara Saddiq bersama Bella akhirnya terjawab apabila mereka mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis pada 28 Mac lalu.