Penantian rindu selama 16 tahun bagi seorang anak lelaki terhadap ibu tersayang akhirnya terjawab selepas mereka kembali disatukan selepas usaha pencarian dilakukan.
Video sebak yang dikongsikan oleh pempengaruh dikenali sebagai Adrian di laman TikTok telah mendapat lebih 64 juta tontonan.
Penantian selama 16 tahun
Menerusi video dikongsi, memaparkan seorang pemuda dari Indonesia yang gigih mencari ibu tersayang dengan bertanyakan kepada penduduk setempat mengenai alamat rumah ibunya. Selepas mendapat informasi daripada penduduk setempat, pemuda ini terus ke lokasi yang diberikan dan rezeki ternyata berpihak kepadanya serta berjaya berjumpa dengan ibu tersayang.
Momen di mana aku mencari alamat mamaku setelah 16 tahun berpisah dengannya.
Apa yang lebih menyedihkan lagi, apabila mereka berpelukan antara satu sama lain dan menangis teresak-esak berikutan gagal menahan sebak. Pemuda ini pada masa yang sama turut memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T. berikutan dapat dipertemukan semula dengan ibunya.
Ujar pemilik video ini, dia telah berpisah dengan ibunya semasa berusia empat tahun selepas ibu bapanya bercerai sebelum dibawa tinggal bersama bapanya. Jelasnya lagi, selepas perpisahan tersebut dia sama sekali tidak berjumpa dengan ibunya sehinggalah dia berusia 20 tahun.
Difahamkan, proses pencarian tersebut memakan masa beberapa hari sebelum pemuda ini berjaya menjumpai ibunya. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat video tersebut dan sempat menitipkan doa buat mereka berdua.
Video penuh:
@kingdomcreatorsquad Korban Broken home #kcssquad #brokenhome ? suara asli – Adrianmardiansyah_reall
@kingdomcreatorsquad Balas @adityawardhana_official ???#kcssquad #brokenhome ? suara asli – Adrianmardiansyah_reall
@kingdomcreatorsquad Balas @onyetonyetan gak bisa berkata kata lagi #kcssquad #brokenhome ? suara asli – Adrianmardiansyah_reall
Sumber: Adrian