Pelakon, Ellie Suriaty mendedahkan pengorbanan besar yang pernah dilakukan oleh rakan seindustri, Que Haidar sepanjang tempoh perkahwinannya sebelum ini.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Sabar Sebab Abang, Kalau Ikutkan Hati Dah Lama Tersebar Aib Awak’ – Adik Que Haidar

Artikel Berkaitan: ‘Saya Melindungi Mereka Daripada Kejahatan’ – Respon Linda Jasmine Selepas Netizen Saran Kembali Bersama Dengan Que Haidar

Pendedahan Ellie

Menerusi satu komen di Threads, Ellie mendakwa Que banyak menghadapi cabaran dalam hidupnya termasuk sanggup mengenepikan minatnya sebagai seorang pelakon.

Malah, Ellie turut mendakwa terdapat seseorang yang cuba untuk mengawal segala perihalnya berkaitan dengan kerjaya seni Que.

Oh dear Que. Dia berada di kemuncak kerjaya ketika dia berkahwin dengannya. Dia mengorbankan 16 tahun hidupnya untuk melayan paranoia si dia dan membesarkan anak-anak supaya mereka hidup dalam suasana positif di sekelilingnya.

Dia akan mengamuk jika dia berkeras mahu menerima tawaran kerja.

Dakwa pelakon filem Telaga Suriram itu lagi, individu berkenaan turut meletakkan syarat agar Que tidak berlakon bersama selebriti wanita.

Kata Ellie, pelakon drama Paksu Ammara itu pernah menemuinya suatu ketika dahulu untuk meluahkan kerinduan terhadap dunia seni.

Jika Que berkeras mahu mengambil sesuatu tawaran, dia hanya dibenarkan menjalani pengambaran jika yang tersenarai semuanya pelakon lelaki.

Tiada pelakon wanita dibenarkan berlakon dengannya, malah pelakon tambahan wanita pun tidak dibenarkan.

12 tahun lalu, dia secara rahsia berjumpa dengan saya untuk memberitahu dia merindui kerjayanya sebagai pelakon.

Sebelum ini, isu perceraian antara Que dan Linda Jasmine kembali menjadi perhatian selepas Linda mendakwa perpisahan mereka terjadi kerana mahu melindungi anak-anak daripada kejahatan.

Untuk rekod, Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar mendedahkan dia dan Linda sudah sah bercerai pada 2 Julai 2024 selepas 15 tahun hidup bersama.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13. 

Linda juga memiliki seorang anak lelaki, Qalif Khan, 24, hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber: Threads