berita

18 Kluster Berpunca Daripada Pergerakan Rentas Negeri

January 15th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, kes Covid-19 di Malaysia merupakan kes positif harian yang paling tertinggi sepanjang tempoh pandemik ini melanda negara. Sebanyak 3,337 kes telah dilaporkan dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini ialah 147,855 ribu.

Artikel berkaitan: Kerana Nila Setitik, Habis Satu Kampung Kena Buat Ujian Covid-19 Di Tanah Merah!

Susulan daripada peningkatan kes yang berlaku, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya mengenal pasti 18 kluster yang berpunca daripada pergerakan rentas negeri sejak 7 Disember lalu sehingga semalam.

18 kluster di lima negeri

Menurut KKM, 18 kluster yang berpunca daripada pergerakan rentas negeri terdiri daripada kluster Inten, Semambu, Tembok Mempaga, Seragam Chepa, Mengkuang, Ehsan Ibol, Bah Sayap, Palut, Alor Durian, Wakaf Lanas, Kampung Genting, Kampung Renok, Jelita, Lumut Barat, Kampung Badak, Taman Kesedar dan Intan Mas.

Manakala negeri yang terlibat dengan kesemua kluster tersebut ialah negeri Kelantan, Sarawak, Perak, Terengganu dan Pahang. Ekoran daripada kesemua kluster ini, sebanyak 1378 kes telah dilaporkan. Menerusi rekod yang dilaporkan juga, Kelantan merupakan negeri paling tinggi mencatatkan klsuter rentas negeri iaitu sebanyak 188 kes.

Tarikh kluster diumumkan

Sumber: KKM

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×